Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Lufya Pernah Dipukul Suami Ketika Hamil?

by Khai Azfar
September 23, 2019
Share on Facebook

Biarpun suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz mendedahkan bahawa dia sudah melafazkan cerai kepada Lufya menerusi aplikasi WhatsApp, namun isu tersebut dinafikan oleh Lufya yang mendakwa tidak menerima sebarang lafaz tersebut.

Beri Petunjuk

Terbaru, Lufya seakan mendedahkan petunjuk sebenar mengenai masalah rumahtangga mereka dengan berkongsi suntingan perbualannya bersama seorang pengikutnya menerusi laman Instagram. Menerusi perkongsian itu, wanita tersebut memberitahu bahawa dia telah dicederakan oleh suaminya dan bukti tersebut jelas kelihatan pada gambar yang dikongsi bersama Lufya.

Nasihat Kepada Peminat

Menerusi ruangan komen pula, pelakon ini seolah-olah memberi gambaran dengan membalas komen tersebut bahawa dia pernah dicederakan suaminya sendiri ketika sedang hamil.

“@zuriana_arshad sama! Patut kita belajar tomoi la sebeum kawin. Jangan sedih ya. Takpelah. Tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat,”

Dikesempatan itu juga, ramai pengikut selebriti itu turut berkongsi pengalamam mereka dipukul oleh suami masing-masing dan Lufya mengharapkan agar mereka terus kuat demi keluarga tercinta. Terdahulu, Lufya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin dan suaminya pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan Lufya sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lufya ceraiLufya Omar
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara