Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Wow! ‘Boxer’ Ini Inspirasi Dari Batik Sarawak

by Khai Azfar
September 26, 2019
Share on Facebook

Bercakap mengenai fesyen batik, semestinya baju mahupun seluar berasaskan motif  batik bermain di fikiran. Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rekaan batik begitu mendapat tempat dikalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Jika dahulu batik sering kali digayakan untuk sesuatu acara rasmi, siapa sangka kini ianya disesuaikan untuk pemakaian seharian.

Bartek By DCM Cetus Kelainan

Ini termasuklah mengenai rekaan pakaian dalam lelaki dan perempuan yang tular di media sosial, Bartek By DCM.

Menerusi perkongsian seorang netizen yang dikenali @ayrezz_Q di laman Twitter, rata-rata pengguna memuji keunikan rekaan batik pada helaian seluar dalam lelaki jenama tersebut yang sememangnya lain dari yang lain.

Menyusuli perkongsian tersebut, pemilik Bartek By DCM iaitu Shahrulnizam Samawi atau lebih dikenali sebagai Shahriz berkata dia cuba untuk membuat satu kelainan pada motif batik yang sememangnya sudah sinonim dengan Malaysia. Uniknya lagi, anak jati Sarawak ini cuba mengekalkan Batik Sarawak pada setiap rekaan kerana mahu memartabatkan budaya dan imej bumi Kenyalang itu.

Pernah Dikecam

Jelas Shahriz lagi ketika dihubungi murai.my, dia akui pada permulaannya rekaan tersebut dikecam hebat oleh netizen kerana beranggapan corak Batik seperti tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian dalam apatah lagi ianya telah dipamerkan secara komersial oleh beberapa model terkenal untuk tujuan pasaran.

Namun begitu siapa sangka, rekaan tersebut mendapat sambutan yang cukup mengalakkan di luar negara seperti Hong Kong dan Singapura. Lebih membanggakan, rekaan anak muda ini turut menarik perhatian ahli tinju antarabangsa terkenal, Conor McGregor yang memiliki salah satu rekaan Bartek By DCM.

” Pada mulanya memang kena kecam dan saya akui pasaran tempatan seperti kurang mendapat sambutan. Tetapi sebenarnya ianya mendapat permintaan yang cukup menggalakan malah Conor McGregor turut memiliki salah satu koleksi kami”

Bakal Dipasarkan Di Lapangan Terbang

Mengharapkan agar jenama nya menjadi pencetus ilham pasaran pakaian lelaki dan perempuan, Shahriz turut memberitahu bahawa kesemua koleksi nya itu kelak boleh diperolehi di lapangan terbang tanah air seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Penang dan beberapa lokasi yang lain.

Tidak cukup dengan itu, jenama ini juga dengan bangga nya telah menjadi salah satu daripada penaja pertandingan peragaan dan salah seorang pemenang Bachelor Of Malaysia, Zam Osman akan turut peragakan jenama ini pada Gentleman of The World yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia tidak lama lagi.

Sebagai info, Bartek By DCM buat masa ini mempunyai 6 koleksi ‘boxer’ yang berharga RM65 sehelai dan tidak lama lagi ‘bikini batik’ juga akan dipamerkan untuk pasaran tempatan.

bartek by dcmboxerboxer batikboxer lelakizam osman
https://lomp.at/6ljqe
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore