Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Pawagam Odeon Bakal Dirobohkan? Ini 4 Fakta Menarik Mengenainya

by Khai Azfar
September 26, 2019
Share on Facebook

Pawagam Odeon barangkali merupakan satu lagi antara Pawagam tertua di Malaysia selepas Teater Coliseum yang dibangunkan sekitar tahun 1920.

Bakal Ditutup 

Pawagam Odeon yang terletak di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi ini merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai. Namun begitu, terdapat satu perkhabaran yang menyedihkan yang mana pawagam ini akan dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan servis apartment dan bangunan perniagaan bertingkat. Biarpun keputusan tersebut masih belum dimuktamadkan, warga tempatan mulai rasa sedih apatah lagi pawagam tersebut banyak menyimpan kenangan mereka. Untuk anda yang tertanya, berikut kami tampilkan 4  fakta menarik mengenai pawagam Odeon.

Dibina Pada Tahun 1936

Siapa sangka pawagam ini telah berusia 83 tahun! Ini bermakna bukan sahaja ibubapa, malah atuk dan nenek kita juga pasti pernah menonton di pawagam ini. Sayang bukan jika ianya dirobohkan begitu sahaja?

Pernah Menayangkan Filem Termahal

Salah satu fakta menarik mengenai pawagam ini, pada tahun 1981 Pawagam Odeon telah dipilih untuk menayangkan filem termahal ketika itu, Bukit Kepong yang diarahkan dan dibintangi oleh Jins Shamsudin.

Lokasi Tumpuan Warga Kota

Jika kini Pavilion dan Berjaya Times Square merupakan antara lokasi pilihan warga kota untuk menghabiskan masa atau menonton filem, dahulu lokasi ini pernah menjadi tumpuan ramai apatah lagi bagi menyaksikan filem-filem Melayu dan Tamil di bawah pengurusan Kumpulan Pawagam Iswaria dan Antena Entertains pada era 70-an dan 80-an.

Ditutup Pada 2016

Percaya atau tidak pawagam ini telah beroperasi selama 79 tahun! Pada tahun 2016, Pawagam Odeon telah menutup operasi mereka secara kekal dan kini ianya menjadi premis kedai barangan sukan, restoran dan kedai pakaian.

pawagam odeon
https://lomp.at/2pde0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara