Iphone 11 secara rasmi diperkenalkan kepada orang ramai. Malangnya, tak semua negara boleh mendaptkan telefon bimbit Apple yang paling canggih ini. Sepertimana yang kita ketahui IPhone terbaru terdiri daripada 3 jenis dengan spesifikasi yang berbeza, pertama 11, 11 Pro, dan 11 Pro Max. Perbezaan paling ketara antara ketiga-tiga terletak pada kamera, jika pro memiliki tiga kamera, manakala yang biasa 11 hanya dua kamera.
Sementara itu, prosesor mereka dilengkapi dengan cipset terpantas, Bionic A13. Chipset ini adalah terpantas berbanding dengan iPhone X yang hanya dilengkapi dengan A12.
Beralih kepada harganya, iPhone terbaru boleh dikatakan lebih murah daripada iPhone XR apabila ia mula dilperkenalkan. Jika Iphone XR dilancarkan pada harga US$ 749, manakala Iphone 11 berharga AS$ 699.
Namun, untuk yang sedang menggunakan iPhone X, anda disarankan untuk jangan terburu-buru untuk menaik taraf ke siri 11. Nak tahu sebab apa? Berikut beberapa alasan yang kami kongsikan dipetik dari Business Insider.
Rekabentuk Tak Jauh Beza
Jika anda rasa reka bentuk Iphone X ketinggalan zaman, anda silap! Dari segi reka bentuk tak banyak beza antara siri X dan 11. Bentuk skrin mereka masih dengan bentuk poni di sudut atas.
Perbezaan yang paling menonjol hanya dilihat di bahagian belakang menggunakan bahan kaca matte, dan susun atur kamera lebih unik.
Kelajuan procesor tidak jauh berbeza
Sekiranya anda berpuas hati dengan prestasi cipset siri Bionic A12 Iphone X, anda tidak perlu beralih kepada siri 11.
Walaupun prestasi 11 siri lebih cepat, selepas ujian, sebenarnya tidak ada perbezaan yang signifikan dengan siri sebelumnya. Hal ini telah dibongkarkan menerusi sebuah review yang dimuatnaik di laman Youtube EverythingApplePro.
Kamera Iphone X Ternyata Masih Terbaik
Perbezaan antara kamera Iphone X dan 11 tidak begitu berbeza. Dari segi kualiti, resolusi kamera utama adalah sama, iaitu 12 megapixel.
Perbezaannya, iphone 11 dilengkapi dengan ciri night mode. Ciri ini membolehkan anda mengambil gambar dengan pencahayaan yang rendah.
Jika anda hanya mengunakan telefon bimbit untuk tujuan komunikasi, tidak menjadi keperluan untuk beralih ke iPhone terbaru.
Di samping itu, kamera selfie juga tidak mempunyai perubahan drastik walaupun iPhone X hanya dilengkapi dengan kamera hadapan dengan resolusi tujuh megapixel, tetapi ia mempunyai ciri true depth.
Kualiti skrin Iphone X dan 11 juga tidak jauh berbeza
Bercakap mengenai skrin, Iphone untuk siri 11 telah dibekalkan dengan Super Retina XDR skrin, sementara Iphone X hanya Super Retina HD.
Ini jelas menjadikan skrin siri 11 mempunyai nisbah kecerahan dan kontras yang lebih baik. Walaubagaimanapun kualiti skrin siri X masih dianggap terbaik oleh para pengguna.
Ketajaman warna dan imej antara siri 11 dan X masih pada tahap yang sama dengan 458 piksel per inci.
Iphone X lebih ringan
Dari segi berat, Iphone X terasa lebih ringan jika dibandingkan dengan siri 11. Berat iPhone X hanya 174 gram, manakala siri iphone 11 pro seberat 188 gram.
Jadi simpanlah duit anda untuk kebaikan dan terus menggunakan Iphone X!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.