Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kisah Orang Ke-3 Di Ranjang & Dirogol Antara 5 Pengakuan Demi Moore Dalam Buku ‘Inside Out’

by Zaidin Albert
September 26, 2019
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Demi Moore baru saja mengeluarkan sebuah buku memoir bertajuk Inside Out. Tanpa merasa ragu-ragu, dalam buku ini, wanita berusia 56 tahun tersebut mendedahkan beberapa hal rahsia hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Demi Moore (@demimoore)

Termasuk pengakuan Demi tentang kehidupan lalunya dari sisi gelap. Pendedahan dari aktres terkenal dengan filem Ghost ini telah mengejutkan dunia hiburan. Apakah pendedahan yang dinyatakan oleh Demi? Berikut adalah lima daripadanya.

Diperkosa pada usia 15 tahun

View this post on Instagram

A post shared by Demi Moore (@demimoore)

Demi mendakwa dia pernah diperkosa ketika berusia 15 tahun. Dia berkata pada masa itu dia baru saja pulang ke rumah dan melihat seorang lelaki yang kemudian merogolnya. Si pelaku kejam ini kemudian memberitahu bahawa ibu Demi telah menjual artis itu kepadanya.

“Itu rogol. Pengkhianatan yang menyakitkan, lelaki itu sempat bertanya ‘bagaimana rasanya apabila ibumu melacurkan kamu untuk US$500?” Demi menulis, seperti yang dilaporkan oleh ETA Online.

Percubaan Ibu Untuk Membunuh Diri

Sebelum kejadian dirogol berlaku, Demi juga mengalami peristiwa yang dahsyat yang berkaitan dengan ibunya. Ketika dia baru saja berusia 12 tahun, dia telah mengagalkan usaha ibunya untuk cubaan bunuh diri.

“Saya masih ingat dengan menggunakan jari saya, jari-jari kecil kanak-kanak, menggali pil yang ditelan dari mulut ibu, pada saat itu ayah saya memegangnya dan memberitahu saya apa yang perlu dilakukan” kata Demi.

Dalam buku tersebut, aktres itu berkata ibunya adalah seorang kaki mabuk yang kerap membawanya ke bar supaya para lelaki akan memberi perhatian kepada mereka. Ibunya meninggal dunia pada tahun 1998.

Menipu Sehari Sebelum Menikah

Sebelum berkahwin dengan Bruce Willis, Demi mendirikan rumah tangga dengan ahli musik Freddy Moore pada 1980-1985. Semasa bernikah, Demi berusia 18 tahun, dan suaminya 12 tahun lebih tua.

Sehari sebelum bernikah, Demi membuat pengakuan telah menipu dan curang terhadap Freddy.

“Malam sebelum kami menikah, saya memanggil seorang lelaki yang saya temui dari set penggambaran … Saya menyelinap keluar dari bachelorette party ( Pesta Bujang) dan pergi ke apartmennya,” ujar Demi, yang dipetik dari The Sun.

Demi mengaku kala itu dia bernikah hanya untuk mengalihkan perasaan sedih di atas kehilangan bapanya.

Orang Ke-3 Di Ranjang

Kredit Foto: Vanit Fair

Demi pernah berkahwin dengan Ashton Kutcher dan hanya bertahan selama 8 tahun kemudian bercerai pada tahun 2013.  Demi memberitahu suaminya yang lebih muda 15 tahun darinya ini, pernah melakukan hubungan seks antara dia, Demi, dan seorang lain lagi.

“Jadi ketika dia menyatakan fantasinya untuk membawa orang ketiga ke tempat tidur kami, saya tidak menolak,” ujar Demi.

Pada ketika itu Demi memberi alasan ingin mengutamakan keinginan Ashton. Namun akhirnya  hal ini membuat Demi malu, justeru suaminya merasa semakin bebas, dan akhirnya curang.

Kecurangan Ashton Kutcher

Mila Kunis dan Ashton Kutcher (Kredit Foto Alberto E. Rodriguez/Getty Images for Disney)

Demi berkata Ashton Kutcher dua kali curang dengannya. Untuk kali kedua, berlaku ketika Demi sibuk dalam penggambaran filem Happy Day pada tahun 2011. Ashton Kutcher di dakwa ada hubungan dengan wanita 21 tahun, lantas dia mengakui hal ini kepada Demi.

Ashton Kutcher dan Demi berpisah pada 2011 dan secara rasmi bercerai pada 2013. Ashton Kutcher sekarang bernikah dengan Mila Kunis dan sudah memiliki dua orang anak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/ve9hc
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem