Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Isu Laporan Polis: Timbalan Presiden Domino’s Pizza Turut Mohon Maaf

by Khai Azfar
October 1, 2019
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Awal minggu lalu, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang disiasat polis gara-gara membuat pesanan 10 set makanan termasuk piza di sebuah restoran makanan segera, Domino’s Pizza. Segalanya bermula apabila, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zacky Khairudean membeli set tersebut menggunakan kupon diskaun yang dibelinya di sebuah platform atas talian.

Buat Laporan Polis 

Meragui akan pembelian tersebut, pihak Domino’s telah membuat laporan polis sehingga menyebabkan dia disoal siat di cawangan Domino’s pembeliannya itu dan dituduh telah membuat pesanan menggunakan hack atau glitch untuk mendapatkan pesanan murah. Selepas siasatan dijalankan, laporan mendapati bahawa Zacky tidak bersalah dan pihak Domino’s turut memohon maaf selain menarik semula laporan tersebut.

Mohon Maaf 

Biarpun telah memohon maaf, rangkaian makanan berasaskan piza itu terus dikecam hebat sehingga ada yang terus memboikotnya. Sejurus dengan itu, pihak Domino’s menerusi laman Facebook mereka sekali lagi memohon maaf.

Berbeza dengan sebelum ini, muatnaik kali ini menyaksikan Timbalan Presiden Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree turut memohon maaf dan menceritakan perihal yang sebenar. Dalam kenyataannya itu dia mengharapkan agar terus menyokong mereka dan tidak meragui penggunaan baucar Domino’s pada masa akan datang. Adakah dengan insiden ini, Domino’s akan membuat promosi ‘minta maaf’ sama seperti kempen-kempen mereka sebelum ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Domino's Pizza
https://lomp.at/7pjca
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem