• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

10 Wanita Terkaya Di Dunia 2019, Termasuk ‘Tauke’ Arak & Isteri Pengasas Apple

by Phic ARMAN
October 2, 2019
Share on Facebook

Bukan sahaja kaum lelaki seperti Bill Gates atau Warren Buffett yang mempunyai aset mencapai ratusan billion ringgit, wanita juga mampu menghasilkan aset yang cukup hebat untuk memasuki senarai wanita terkaya di dunia.

Beberapa tokoh wanita terkaya di dunia pada 2019 telah disenaraikan berpandukan latar belakang yang pelbagai dan sumber kekayaan yang berlainan. Jom lihat terus ke senarai lengkap, yang dipetik dari Finances Online.

Iris Fontbona-  Kekayaan Cecah RM60.76 Billion

Kredit Foto: ShipToShore

Iris Fontbona merupakan seorang wanita dari Chile yang digelar “Queen of Chile’s Mining Industry”. Nama panggilan itu diberikan kerana sumber kekayaan diperolehi daripada syarikat perlombongannya, Antofagasta PLC.

Jumlah kekayaan yang dimiliki Iris Fontbona dianggarkan sekitar US$14.5 billion (RM60.76 Billion)

Gina Rinehart – Miliki Jet Peribadi Bernilai RM335 Juta

Kredit Foto: Tony McDonough

Kedudukan ke-sembilan wanita terkaya di dunia dipegang oleh Gina Rinehart yang berasal dari Australia. Sama seperti Iris Fontbona, asetnya juga diperoleh daripada syarikat perlombongan bijih besi yang dipanggil Hancock Prospecting yang dipimpinnya.

Gina Rinehart mempunyai aset sebesar US$15.5 billion (RM65 Billion) dan memiliki jet peribadi senilai US$80 million atau sekitar RM335 Juta.

Charlene de Carvalho-Heineken- Tauke Arak Yang Berjaya

Kredit Foto: BakLol

Seterusnya ialah Charlene de Carvalho-Heineken dari Amsterdam, Netherlands. Dari namanya, mungkin anda sudah dapat meneka apa perniagaan yang dia miliki.

Ya, dia adalah salah seorang pemilik syarikat bir antarabangsa Heineken. Dari perniagaan ini Charlene de Carvalho-Heineken menghasilkan aset sebanyak US$15.8 billion (RM66.20 Billion)

Abigail Johnson – Pemilik Syarikat Pelaburan

Gelaran perempuan terkaya ke-7 di dunia dipegang oleh Abigail Johnson, seorang billioaire yang merupakan pemimpin dalam sebuah syarikat pelaburan bernama Fidelity Investments. Perbadanan ini adalah salah satu yang terbesar di sektor kewangan di rantau Amerika Syarikat.

Aset yang dimiliki oleh Abigail Johnson mencecah nilai US$16.9 billion (RM 70.81 Billion)

Susanne Klatten – Pemilik Syarikat Automotif Berjaya

Kredit Foto: The National

Mewakili dari negara Jerman, Susanne Klatten yang mempunyai sumber kekayaan dari industri automotif. Beliau memiliki 19 peratus saham jenama BMW, Mini Cooper dan Rolls Royce. Tidak hairanlah, kekayaan itu boleh mencapai US$19.6 billion (RM 82.13 Billion).

Laurene Powell Jobs- Isteri Mendiang Steve Jobs

Kredit Foto: NY Times

Laurene Powell Jobs adalah isteri dari mendiang Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple. Wanita ini juga dikenali sebagai salah satu dermawan terkenal di dunia.

Hartanya saat ini tercatat sekitar $20.6 billion ( RM 86.32 Billion).

Yang Huiyan – Wanita Asia Paling Kaya

Kredit Foto: MahiraJas

Wanita terkaya di dunia nombor 4 datang dari Asia, iaitu negara China.  Yang Huiyan adalah salah seorang pemilik syarikat hartanah dari negara China dipanggil Country Garden Holdings yang diasaskan oleh bapanya, Yang Guoqiang.

Selama 6 tahun berturut-turut Yang Huiyang adalah wanita terkaya di China dan keempat terkaya di dunia. Jumlah aset mencapai US$22.4 billion (RM 93.86 Billion) 

Jacqueline Mars – Kekayaan Cecah RM 113.13 Billion

Kredit Foto: Dailymail

Seterusnya ialah Jacqueline Mars, seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat. Dia memiliki sepertiga dari syarikat Mars.Inc yang terlibat dalam kilang pembuatan makanan, termasuk coklat M&M dan makanan nutrisi yang sudah beroperasi sejak 100 tahun yang lalu.

Kekayaan Marco Jacqueline mencapai US$27 billion ( RM 113.13 Billion)

Alice Walton- Pemilik Syarikat Runcit Terbesar di dunia

Kredit Foto: stltoday.co

Duduk di urutan tempat kedua wanita terkaya di dunia adalah Alice Walton yang sebelum ini, pada tahun 2018 berada di kedudukan teratas. Alice sendiri adalah anak pengasas syarikat runcit terbesar di dunia, Walmart.

Pada tahun 2016, beliau memiliki saham Walmart bernilai US$ 11 juta. Sekarang jumlah kekayaannya mencapai $46.4 billion. (RM194.42 Billion)

Francoise Bettencourt Meyers- Pemilik L’Oreal Wanita Paling Kaya Di Dunia

Kredit Foto: Network Buzz

Akhirnya gelaran terkaya di dunia dipegang oleh Francoise Bettencourt Meyers yang berasal dari Perancis. Dia adalah pemilik jenama kosmetik yang terkenal di dunia, L’Oreal. Di samping itu, beliau juga berkhidmat sebagai presiden Yayasan Schueller Bettencourt yang dimiliki oleh keluarganya.

Ibunya, Liliane Bettencourt, adalah orang yang penting dalam kejayaan yang dicapai oleh Francoise Bettencourt Meyers hari ini. Liliane mencatatkan jumlah aset sebanyak $53.2 billion (RM222.91 Billion) pada 2019.

Itu lah sedikit maklumat tentang 10 wanita terkaya di dunia pada tahun 2019. Yang mana satu jadi inspirasi anda?

https://lomp.at/1szja
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore