Berita baik datang dari pelakon Hollywood yang berasal dari Sarawak, Henry Holding. Pelakon utama filem ‘Crazy Rich Asian’ ini telah dipilih dalam senarai pencalonan ‘Wajah Paling Kacak di Dunia tahun 2019’ (Most Handsome Faces 2019).
Henry Holding dipilih untuk mewakili Malaysia dalam nominasi Wajah Terkacak Dunia 2019 versi TC Candler buat kali kedua, kali pertama pada tahun 2018.
Seperti yang diketahui setiap tahun, TC Candler mengeluarkan senarai 100 lelaki paling kacak di dunia. TC Candler sendiri adalah organisasi yang bekerjasama dengan Independent Critic untuk memilih 100 wajah paling kacak dari ribuan selebriti dari pelbagai bahagian dunia.
Henry Golding akan bersaing dengan beberapa selebriti terkemuka dunia seperti David Beckham, Chris Evan, Brad Pitt, Leonardo Dicaprio, dan juga Jason Momoa yang dinobatkan sebagai pemegang gelaran paling kacak pada tahun 2018.
Halaman Instagram TC Candler mengumumkan bahawa Henry Golding secara rasmi dicalonkan untuk World’s Most Handosme Face 2019 dari Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.