Baru-baru ini, Ibu kepada pelakon dan model Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda nekad membuat laporan polis terhadap beberapa pengguna Twitter yang telah mengecam anaknya termasuk menyamakannya dengan Hajarul Aswad.
Perjelas Isu Sebenar
Dalam pada itu, pihaknya meminta agar pengguna akaun tersebut membuat permohonan maaf dalam tempoh dua minggu sebelum melanjutkan isu tersebut ke mahkamah. Bagaimanapun, kedua-dua pemilik akaun Twitter berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka tidak lama kemudian. Terbaru, Haneesya sekali lagi memuat naik sebuah rakaman video ibunya.
Dalam video tersebut, Nor Sakuraneeda menjelaskan laporan polis sebelum ini dibuat berkenaan komen berbaur ugutan dan menggunakan gambar anaknya tanpa izin bagi tujuan mengaibkannya. Malah dia turut menegaskan bahawa laporan tersebut tiada kaitan dengan isu ‘hitam’ meskipun komen-komen seumpama itu membanjiri ruangan susur masa Haneesya di laman Twitter.
Ibu Haneesya Sebak
Berasa sebak dengan segala tindakan netizen yang terus mengecam Haneesya, dalam video tersebut Nor Sakuraneeda telah mengoyak dua laporan polis yang dibuat mereka sebelum ini seolah-olah membatalkan laporan tersebut. Tambah ibu kepada pelakon itu, dia berkata pihak mereka tidak lagi ‘memerlukan laporan’ tersebut dan pasrah dengan segala kecaman netizen kelak.
“saya pelihara anak 19 tahun..anak itu..tanpa ada sebarang bantuan daripada sesiapa..dia yang bantu kami sampai kami establish..
and this is for you guys.. i dont need all this.. teruskan menghina kami.. teruskan menghina anak yang saya lahir..carry on..”
We did a video before but maybe yall too dumb to understand till we hv to elaborate. To bloggers get your facts right. To everyone who’s gonna watch this, tengok sampai habis Jgn terus nk comment. Like I said before don’t believe what bloggers write they fool for u too make sins. pic.twitter.com/4WTQNc8PMJ
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) October 3, 2019
Di kesempatan itu, Nor Sakuraneeda turut mengajak semua pengikut Haneesya yang menyokongnya selama ini untuk hadir ke kenduri kesyukuran dan kempen ‘Say no to Cyber Bully’ yang akan diadakan di rumah mereka tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Haneesya menerusi laman Twitter nya turut meluahkan rasa kecewa dengan artikel sebuah portal hiburan. Menurut Haneesya artikel tersebut telah mengundang persepsi negatif dari netizen mengenainya selain menjelaskan kembali berkenaan isu kontroversi terdahulu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.