Filem ‘supervillain’ terbaru, Joker mula ditayangkan serentak di seluruh negara bermula 3 Oktober. Malah sebelum ditayangkan filem ini telah pun memenangi anugerah utama Golden Lion award di Venice Film Festival baru-baru ini.
Lakonan Joaquin Yang Mantap
Tidak melepaskan peluang, kami turut berkesempatan menonton filem ini yang rata-rata penonton memberi pujian yang tinggi kerana lakonan mantap si Joker, Joaquin Phoenix begitu berkesan.
Secara keseluruhan, kami akui lakonan Joaquin cukup mantap malah sehingga ada kalanya terfikir adakah sememangnya pelakon ini ‘hidup sebagai Joker’. Pelbagai ragam dan ekspresi berjaya ditonjolkan membuatkan penonton turut berasa tertekan dengan dilema hidupnya Joker selama ini.
Perincian Mengenai Joker
Namun begitu, kami tidak menolak bahawa jalan ceritanya agak sedikit berat dan perlahan barangkali kerana ianya diolah dengan begitu terperinci mengenai perjalanan hidupnya selama ini. Jika dibandingkan, kami beranggapan bahawa tunjang filem ini terletak pada pelakonnya dan beberapa adegan yang agak ‘ekstrem’ sedikit sebanyak memberi info kepada penonton bagaimana musuh utama Batman ini menjadi penjahat yang begitu digeruni.
Apa pun buat peminat Batman, pastikan filem ini berada dalam senarai wajib tonton anda kerana ini adalah permulaan sejarah siri Batman yang tidak diketahui ramai.
Sinopsis Joker
Berbalik pada tahun 1980an, filem ini berkisarkan tentang Joker atau nama sebenarnya Arthur Fleck
Selepas gagal mencipta nama dalam komedi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat, Arthur telah berkeliaran di sekitar Bandar Gotham dengan berpakaian seperti badut dan berdepan dengan samseng ganas.
Dalam masa yang sama, dia mula hilang kewarasan sedikit demi sedikit dan mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di bandar it sehingga menjadikannya seorang penjenayah ikonik yang dikenali sebagai Joker.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.