Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Lihat Aksi Putera Mateen Terjun Dari Helikopter!

by Khai Azfar
October 8, 2019
Share on Facebook

Buat yang mengikuti perkembangan putera diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen di Instagram pasti mengetahui bahawa baginda begitu gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak biarpun bergelar sebagai putera raja.

Putera Mateen Terjun Dari Helikopter 

Namakan sahaja pelbagai aktiviti lasak, hampir kesemuanya telah dilakukan oleh Putera Mateen. Tidak hairanlah rakyat begitu mengaguminya apatah lagi mempunyai rupa paras yang kacak. Selain melakukan aktiviti lasak, Putera Mateen sering kali berkongsi aktivitinya sebagai salah seorang pegawai tentera.

Untuk yang tidak tahu, pe­wa­ris takhta diraja Brunei keenam ini telah mengikuti akademi ketenteraan diraja di Royal Military Academy Sandhurst, England dan menerima pangkat Leftenan.

Terbaru, putera diraja yang berusia 28 tahun ini telah berkongsi salah satu aktivitinya sebagai tentera yang mana dia telah terjun dari sebuah helikopter, ketinggian beribu kaki dari aras lalu bagi melakukan ‘freefall jump’.

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Dikagumi Pengikut

Aksi yang mendebarkan itu ternyata membuatkan ramai yang kagum apatah lagi baginda telah selamat mendarat dengan baik. Rata-rata pengikut Putera Mateen memuji keberanian baginda yang sanggup melakukan aktiviti sedemikian biarpun berhadapan dengan pelbagai risiko.

Sebagai info, Putera Mateen merupakan anak ke-10 kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bol­kiah dan bekas isterinya, Pengiran isteri Hajah Mariam. Sehingga kini, Putera Mateen merupakan salah seorang figura yang cukup popular di dunia dan memiliki lebih dari 1 juta orang pengikut di laman Instagram.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
putera mateen
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara