Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Suara Saya Memang Macam Ini”- Naqiu Boboy Nafi Sengaja ‘Buat’ Suara Berlainan

by Khai Azfar
October 14, 2019
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan sahaja menjadi peserta termuda untuk Gegar Vaganza 2019 (GV6), malah Naqiu Boboy turut mencipta rekod bagi musim ini sebagai penyanyi pertama yang dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power sekaligus membawa pulang hadiah istimewa berupa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

Ubati Kerinduan Peminat 

Mencuri perhatian menerusi single hitsnya, Episod Cinta, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib,33 ternyata mengubati kerinduan peminat setelah 12 tahun tidak aktif dalam industri hiburan negara sehingga membuatkan penonton di dalam Auditorium MBSA Shah Alam turut bersama-sama menyanyikan lagu popular era-90 an itu.

“terus terang saya cakap, sebelum saya tarik ayat yang pertama ‘mengapa’, saya dah sangat gementar. Selepas daripada itu, bila saya tengok peminat ada satu semangat lain yang datang, sebab itulah saya boleh buat.

Dengan kemenangan ini, saya tidak letakkan sebagai benchmark tapi sebagai pembakar semangat untuk kerja keras at least seperti Top 5.”

Nafi Sengaja ‘Buat’ Suara 

Dalam pada itu, memandangkan Naqiu sudah lama tidak beraksi dalam pentas besar seperti GV ada peminat yang terkejut tatkala mendengar semula suaranya yang terkini jauh lebih matang malah ada diantara mereka cuba mempertikaikan mutu vokalnya yang dikatakan seperti ‘dibuat-buat’. Menafikan kenyataan tersebut, jelas Naqiu kepada murai.my suara yang kedengaran ketika ini sememangnya adalah suara aslinya. Tambah Naqiu, dia tidak menolak faktor sudah lama tidak membuat persembahan kepada peminat merupakan salah satu faktor suaranya menjadi pertikaian apatah kali terakhir membuat kemunculan adalah pada tahun 2008.

“suara saya memang macam ini. sebenarnya orang tak tahu suara saya dah berubah dan setiap album, suara saya juga agak berlainan. Kalau orang cakap saya sengaja buat-buat suara berlainan saya pun tak tahu mengapa. tapi ini memang suara sebenar saya sama seperti percakapan ketika ini”

Pada minggu hadapan , Naqiu bakal membawakan lagu dari Newboyz berjudul Meraung diikuti 12 lagi bintang GV6 yang akan membawakn single hit mereka suatu ketika dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
NaqiuNaqiu Boboy
https://lomp.at/1pk9o
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem