Selepas khabar gembira Spider-Man kembali dalam Marvel, berita terbaru mengenai adiwira ini ternyata membuatkan peminat teruja dan tidak sabar menantikannya,

Filem Terbaharu Venom Mungkin Tampilkan Spider-Man 

Ini kerana pengarah Venom,Andy Serkis telah mengesahkan filem terbaru mengenai watak itu akan turut menampilkan Spider-man.

IKLAN

Buat yang mengikuti perkembangan sejarah kedua-dua watak ini terutamanya di dalam komik, watak Spider-Man akan berkembang menjadi seorang Venom.

Namun diatas pemilikan watak ini oleh syarikat yang berbeza iaitu Marvel dan Sony ianya dikembangkan mengikut perancangan mereka sendiri.

Dua Watak Dalam 1 Filem

Marvel menerusi presidennya, Kevin Feige telah mengumumkan Spider-Man adalah satu-satunya watak adiwira yang mempunyai kebolehan kuasa telah membuat penampilan dalam filem lain sekaligus turut mengesahkan khabar berita tersebut.

Meskipun jalan penceritaannya belum dirangka, namun Andy mengandaikan kedua-dua watak ini bakal bersemuka mungkin secara berlawan atau mungkin bekerjasama menentang musuh. Kami percaya ramai yang teruja dengan pengumuman ini!

IKLAN