Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

4 Selebriti Indonesia Ini Dikawal Ketat Pengawal Peribadi!

by Khai Azfar
October 18, 2019
Share on Facebook

Penangan populariti mereka, barangkali mempunyai pengawal peribadi adalah langkah yang terbaik bagi menjaga keselamatan mereka. Jika dilihat pada industri tanah air, tidak ramai selebriti tempatan mempunyai pengawal peribadi dan jika ada sekalipun ianya hanya termaktub pada acara tertentu sahaja.

Lambang Kekayaan Atau Keselamatan? 

Tidak seperti di Indonesia, ini kerana kebanyakan selebriti popular dia negara itu memilih untuk mempunyai pengawal peribadi. Selain daripada tujuan keselamatan, peminat juga beranggapan selebriti yang mempunyai pengawal peribadi sebagai lambang kekayaan. Berikut kami tampilkan 4 selebriti Indonesia yang dimaksudkan peminat!

Krisdayanti

Dengan populariti dan penglibatannya dalam dunia seni yang sudah berpuluh tahun, tidak hairanlah Krisdayanti atau juga dikenali sebagai KD mempunyai pengawal peribadi. Menurut sumber, KD sudah mempunyai pengawal peribadi sejak sembilan tahun yang lalu. Baginya, ianya bukanlah soal kekayaan namun lebih kepada keselamatan.

Raffi Ahmad

Sebagai selebriti terkenal, Raffi Ahmad sememangnya memiliki jadual kerja yang cukup padat. Dikatakan dalam masa sehari, kelibatnya akan kelihatan di beberapa stesen Televisyen swasta. Memandangkan sebelum ini dia pernah menerima ugutan daripada pihak yang tidak dikenali, pengawal peribadi adalah satu cara bagi melindungi dirinya. Tidak terkecuali anak dan isterinya juga sentiasa dikawal oleh pengawal peribadi.

Al Ghazali

Siapa sangka, di usianya yang muda anak kepada penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty juga kini dikawal oleh pengawal peribadi. Mengimbas kembali kejadian yang lalu, Al-Ghazali telah dicakar oleh peminat fanatiknya sehingga menyebabkan tangan kannnya luka usai pulang dari bekerja sebagai disc jockey (DJ).

Syahrini

Bercakap mengenai Syahrini, hampir segala-galanya dimiliki oleh penyanyi ini. Setiap kali ke ruangan pelbagai acara, penyanyi ini pasti akan dikawal ketat oleh pengawal peribadinya. Sama seperti KD, Syahrini memberi alasan bahawa ianya adalah untuk tujuan keselamatannya.

Error happened.
[VIDEO] Bapa Tiri Al Ghazali Belanja Kasut Kahwin, Harganya Buat Ramai 'Sakit Jantung'
Al Ghazalipengawal peribadiraffi ahmadSelebriti Indonesiasyahrini
https://lomp.at/fcn4d
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara