Sejak tahun lalu, bagaikan satu wabak di dalam industri hiburan yang mana gambar-gambar selebriti popular terutamanya selebriti lelaki telah menjadi mangsa kepada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan gambar mereka sebagai bahan lucah untuk tatapan ramai.

Alif Muhaimin Turut Jadi Mangsa

Lebih memalukan, gambar-gambar tersebut bukan sahaja sengaja ditularkan malah ada diantara pihak tersebut telah mengambil kesempatan atas penularan tersebut dengan menjualnya bagi meraih keuntungan. Antara selebriti lelaki popular yang pernah menjadi mangsa kepada ‘wabak’ itu adalah Zul Ariffin, Faizal Tahir, Idris Khan serta pelakon yang semakin mencipta nama, Alif Muhaimin.

IKLAN

Akui Tidak Sedar Gambar Jadi Bahan Lucah

Awal tahun ini, gambar Alif turut menjadi mangsa kepada pihak tersebut sehingga ada yang sengaja mencipta kontroversi dengan melibatkan nama pelakon ini dalam perbualan lucah dengan beberapa orang pengguna di laman Instagram.

Menjelaskan lebih lanjut, Alif atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman,25 berkata selama ini dia akui tidak menyedari bahawa ada beberapa gambar yang dimuatnaiknya di laman Instagram telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai bahan lucah.

Jelasnya lagi, mungkin ada diantara gambar yang dimuatnaik itu menampakkan beberapa bahagian secara tidak sengaja membuatkan ada pihak cuba mengambil kesempatan.

“Sebenarnya perkara ini terjadi sebab salah saya sendiri. Mungkin ada gambar saya yang terlepas pandang menampakkan beberapa bahagian yang tertentu menyebabkan mereka screenshot dan kongsikan kepada pengguna yang lain apatah lagi akaun saya pula ditetapkan secara public.

Saya nak salahkan mereka 100% pun tak boleh. Jadi lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuatnaik gambar terutamanya status saya sebagai public figure yang diperhatikan oleh ramai peminat”

Sara Sajeeda Jadi Batu Loncatan 

Dalam perkembangan lain, mengulas lebih lanjut mengenai perjalanan seninya, juara hero remaja 2017 ini sedang giat mempromosikan drama terbaru lakonannya yang disiarkan di TV3, Sara Sajeeda pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Biarpun wataknya bergandingan bersama Fouziah Gous menjadi pertikaian dikalangan penonton, namun bagi Alif dia mengambil setiap komen yang diterima sebagai panduan untuk dia terus belajar menjadi yang terbaik.

IKLAN

Alif ditemui Murai.my baru-baru ini di majlis sidang media pengenalan finalis Dewi Remaja 2019.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda