Sebuah laman berita antarabangsa Mail Online baru-baru ini berjaya menghubungi wakil istana dari Kelantan bagi mendapatkan laporan eksklusif dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Dalam artikel itu, baginda telah menjawab dakwaan ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra yang baru-baru ini mendedahkan gambar cahaya matanya yang berusia 5 bulan yang dikatakan mirip wajah baginda.

Menurut laporan dari MailOnline, baginda percaya gambar bayi yang dipamerkan secara eksklusif itu boleh menjadi ‘anak lelaki dari mana-mana lelaki Asia’, kata sumber dari wakil Istana.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan,  Istana Kelantan melalui kenyataan rasmi meminta orang ramai tidak mempercayai pelbagai kisah baginda termasuk pengumuman anak sebagai bakal Putera Mahkota Kelantan yang disebar melalui media sosial itu.

Hal ini bermula selepas Rihana,  menerusi Instagramnya meyakini bahawa bayi lelaki tersebut itu mempunyai darah diraja.

Dalam masa yang sama, dia telah menawarkan ujian DNA untuk membuktikan bapa kandung bayi tersebut  dan mahu bawa hal ini ke muka pengadilan di Moscow untuk mengisytiharkan baginda sebagai bapa.

Rihana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

Baginda Menyesal Berkahwin Dengan Rihana

Menurut dari sumber wakil istana, baginda meluahkan rasa menyesal berkahwin dengan bekas ratu cantik itu, dan memberitahu bahawa ia adalah “kesilapan terbesar” dalam hidupnya.

Sebelum ini Rihana pernah berkongsi cerita dengan mendakwa bahawa bayi tersebut diusahakan semasa mereka bercuti di Australia selepas bernikah pada bulan Jun 2018, dan suaminya  gembira apabila dia mengetahui mengenai kehamilannya. Namun dakwaan ini sangat mengarut dan wakil Istana telah menafikan sekeras-kerasnya.

Rihana Tidak Bermaruah

Baginda berkata, bekas isterinya Rihana dianggap ‘tidak bermaruah’ selepas muncul rakaman video enam tahun yang lalu ‘mengadakan hubungan seks di kolam renang di dalam sebuah rancangan realiti TV di mana seluruh dunia telah melihat’, kata wakil Istana yang secara peribadi mewakili suara untuk baginda sejak MailOnline menerbitkan artikel bersama gambar bayi pada hari Jumaat lalu.

Bekas Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina di dakwa tak segan bermesra di kolam renang

“Baginda tidak tahu apa perancangan Rihana seterusnya dan baginda benar-benar seperti ditikam dari belakang,” kata sumber dari istana.

Rihana Digambarkan Sebagai Seorang Yang Jahat & Pendendam

“Baginda menyebut bahawa dia tidak pernah bertemu wanita begitu ‘jahat dan pendendam’ seperti Rihana. 

Sebelum ini, Rihana pernah berbohong kepada baginda mengenai resepsi perkahwinan yang sepatutnya ia diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga. Namun sebaliknya berlaku, majlis tersebut seolah-olah seperti acara hiburan besar ‘- kata wakil istana.

‘Pernikahan ini adalah kesilapan besar dalam kehidupan peribadi baginda yang seharusnya tidak pernah terjadi tetapi dia mengatakan ini adalah pelajaran yang ia pelajari,’ kata wakil istana.

‘Kita semua manusia dan hanya Allah yang sempurna.’

‘Baginda berkata dia sudah meneruskan dengan kehidupan barunya dan dia sepatutnya berhenti membodohi dirinya sendiri dan berharap Rihana mendapat suami baru pada masa akan datang.’

‘Baginda berkata berkahwin dengannya adalah kesilapan terbesar yang pernah dibuatnya kerana Rihana telah membuat masalah besar dalam kehidupan peribadi nya dengan tidak menghormati privasi dan kehendaknya.”

‘Kini baginda  mahu memberi tumpuan kepadarakyat dan membantu orang di negerinya untuk meneruskan warisan ayahnya dan mewujudkan keluarga bahagia sendiri,‘ kata sumber itu.

Kisah rumah tangga pasangan diraja ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila baginda  dilaporkan sudah bercerai dengan wanita warga Rusia itu.

Memetik sumber, New Straits Times  mengesahkan penceraian itu dimuktamadkan pada 1 Julai lalu, susulan pemfailan cerai di Mahkamah Syariah Singapura pada 22 Julai.