Pengarah filem terkenal di Indonesia, Joko Anwar sekali lagi menghasilkan karya hebat untuk filem seram terbarunya, “Perempuan Tanah Jahanam”. Seperti yang dilaporkan oleh The Jakarta Post, pada hari esok Jumaat (8/11), Joko Anwar akan mengadakan program untuk menonton bersama di Pawagam Grand, Senen.
Pawagam yang terletak di Senen Junction, Jakarta Pusat ini dikatakan telah wujud sejak tahun 1920-an. Walau bagaimanapun, pusat hiburan yang popular pada tahun 1980-an dan 1990-an ditutup pada 31 Disember 2016.
Oleh disebabkan pawagam ini telah ditinggalkan untuk masa yang agak lama, sudah semestinya pawagam ini mempunyai suasana yang ‘semacam’ yang yang boleh buatkan penonton meremang, apalagi menonton filem seram. Program yang dipanggil “Nobar Jahanam”, adalah percuma, tetapi tempatnya sangat terhad kerana terdapat hanya satu kali tayangan pada pukul 7 malam.
Dalam masa 5 minit selepas tempahan dibuka pada hari Selasa (11/5), tiket “Nobar Jahanam” habus dijual walaupun pelanggan hanya mendapat terhad kepada 2 kerusi sahaja. Tayangan tambahan pada jam 4 petang pada hari yang sama dilaporkan sudah habis ditempah.
Untuk maklumat, “Tanah Tanah Jahanam” adalah sebuah filem yang diarahkan oleh Joko Anwar selepas kejayaan “Hamba Syaitan” pada tahun 2017. Sejak ditayangkan pada 17 Oktober lalu, “Perempuan Tanah Jahanam” tercatat sudah ditonton lebih dari 1.5 juta orang.
Filem kerjasama tiga buah syarikat produksi dari Indonesia, Amerika dan Korea ini dibintangi barisan pelakon ternama. Antaranya seperti Tara Basro, Marissa Anita, Asmara Abigail, Ario Bayu, dan penampilan khas Christine Hakim, yang baru pertama kali tampil dalam filem genre seram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.