Rupa menjadi modal utama selebriti, dan hal ini tidak dinafikan oleh penyanyi dangdut Inul Daratista. Sebagai penyanyi dangdut yang sering muncul di televisyen sebagai penyanyi dan juri program hiburan, penampilan diri bagi Inul Daratista sangat penting.

Tetapi tidak semua artis yang sanggup melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah yang cantik. Namun bagi Inul Daratista, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk kelihatan cantik tanpa perlu menjalani pembedahan plastik.

View this post on Instagram

Bukan saja menyanyi hrs pake tekhnik dan trik,MAKE UP juga bgtu,yg jelek jd cantik,wajah sy tdk simetris,hidung mancung betet,mata kelopaknya ga sama,bibir kecil imut,pipi tembem,ga punya bulu mata gundulšŸ¤£ berhub yg make up pinter jd seperti oplas dimana2,asal tau saja sejauh ini sekalipun sy blom pernah oplas krn suami saya tak mengizinkan wajah body smua di permakšŸ¤©sik asli kabeh. Apalagi ada kamera bagus2 sekarang yg mendukung hasil akhir smua pekerjaan utk di dokumentasikan . Makin mahal dan terbaru kamera bisa jadi makin bagus hasilnya. Banyak cara utk jd cantik dan menarik tanpa oplas. Klopun nanti sy operasi kemungkinan besar operasi mata ben ora minus,silinder/plusšŸ¤£ndelok duit ben ga mendelikšŸ˜šŸ¤©tapi mesam mesem koyok bedhĆ©z ketulupšŸ˜ Selamat pagi ā¤ļø

A post shared by Inul Daratista (@inul.d) on

“Bukan sahaja menyanyi perlu ada teknik dan trick, MAKE UP juga begitu,Ā  yang hodoh boleh jadi cantik, wajah saya tidak simetri, hidung tajam, kelopak mata tidak sama, bibir kecil yang comel, pipi yang montok, tiada bulu mata. Dengan makeup saja, sudah terlihat seperti buat pembedahan plastik, ” tulis Inul Daratista, di akaun Instagramnya

Setiap manusia mesti mempunyai kekurangan pada anggota badannya, tetapi ada yang menutupi kekurangan dengan melakukan pembedahan plastik. Walaupun banyak kekurangan, namun Inul Daratista tidak pernah berfikir tentang cara yang singkat untuk mendapatkan kecantikan.

“Setakat ini saya belum pernah buat pembedahan plastik kerana suami saya tidak mengizinkan,” katanya.

Walaupun kadang-kadang wajahnya kelihatan seperti melakukan pembedahan plastik ketika Makeup, tetapi Inul Daratista memastikan bahawa semua anggota badannya adalah nyata dan tidak ada yang berubah.

IKLAN

Selain makeup, ada cara lain untuk terus kelihatan cantik menurut Inul Daratista. Salah satunya dari hasil kamera.

“Selain itu, ada kamera yang bagus sekarang mampu menjadikan wajah anda lebih cantik. Kamera yang lebih mahal dan terkini, lebih baik hasilnya,” katanya.

Rakyat Malaysia berpeluang melihat kecantikan Inul lebih dekat kerana beliau akan berada di Malaysia setiap minggu untuk menjadi juri tetap untuk Maharaja Lawak Mega 2019Ā  bersamaĀ  Lisa Surihani serta dua juri jemputan setiap minggu.

Seramai 14 peserta yang bertanding terdiri daripada 12 peserta dari Malaysia, dua dari Indonesia dan satu kumpulan dari Brunei Darussalam.

Anda boleh menyaksikan MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).