Tidak dapat dinafikan semua ahli BLACKPINK mempunyai bakat dan daya tarikan yang luar biasa. Salah satu ahli BLACKPINK yang sering mencuri perhatian ialah Lisa BLACKPINK.

Baru-baru ini, Liasa dilihat mengambil kesempatan meluangkan masa untuk bercuti di tempat kelahirannya, iaitu Thailand.

Di saat rutin harian yang sedang sibuk menganggotai kumpulan BLACKPINK, pemilik nama penuh Lalisa Manoban ini dilihat melawat beberapa destinasi pelancongan di Thailand.

IKLAN

Melalui Instagram peribadinya, Lisa telah memuat gambar dirinya sambil menikmati keindahan pantai di Phuket.

Murai MY mahu kongsikan 5 gaya Lisa BLACKPINK ketika kembali ke kampung halamannya di Thailand dari Instagram @lalalalisa_m.

1Bagai Bidadari

Kredit Foto: IG @lalalalisa_m

Seperti seorang bidadari yang jatuh dari langit, ini adalah gaya Lisa BLACKPINK ketika berpose di tepi kolam renang.

2Elegan

Kredit Foto: IG @lalalalisa_m

Memakai pakaian berwarna hitam, Lisa BLACKPINK kelihatan anggun ketika bersantai di pantai.

3Menikmati Keindahan Matahari Terbenam

Kredit Foto: IG @lalalalisa_m

Dalam senja, Lisa BLACKPINK juga kelihatan penuh bergaya sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

4Pose Seksi

Kredit Foto: IG @lalalalisa_m

Kecantikannya memang dicemburi ramai wanita, ini adalah pose seksi Lisa BLACKPINK ketika berdiri di dalam kapal layar.

5Tak Pernah Tak Cantik

Kredit Foto: IG @lalalalisa_m

Bukan sahaja peminat memberi fokus kepada gaya dan kecantikan Lisa namun permandangan di Phuket juga begitu memukau. Agaknya selepas ke Thailand, Lisa BLACKPINK akan pergi bercuti mana lagi ya?