Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Masalah Datang Serentak’ Punca Luqman Faiz Tertekan

by Khai Azfar
November 14, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini penyanyi Luqman Faiz dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas perkongsiannya menerusi akaun Twitter memberi gambaran mengenai keadaan dirinya terkini.

Tertekan Kerana Pelbagai Masalah 

Biarpun begitu, Luqman ketika ditemui Murai.my baru-baru ini di sidang media pengumuman 30 buah lagu separuh akhir Muzik-Muzik-34 berkata bahawa dirinya kini berada dalam keadaan jauh lebih baik dari sebelum ini. Akui Luqman atau nama sebenarnya Luqman bin Abd Halim Faiz sebelum ini dia sememangnya berada dalam keadaan tertekan kerana pelbagai masalah dikatakan datang secara serentak.

“kadang-kadang kita nampak seseorang itu berada dalam keadaan gembira tapi setiap orang ada masa sedihnya sebab kita manusia biasa. Saya okay sahaja, macam hari itu saya tertekan sebab pelbagai masalah datang seperti perjalanan karier, belajar, wang daripada pihak tertentu yang tak dijelaskan pada saya. jadi bila semua datang serentak, saya memang tertekan tapi sekarang dah okay.”

Satu Penghormatan Lagu Tercalon Dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 

Dalam perkembangan lain, dia gembira dan dalam masa yang sama seperti satu penghormatan apabila single pertamanya yang berjudul Kepuraanmu layak ke separuh akhir Muzik-Muzik 34. Sebagai pendatang baharu, dia akui bukan mudah untuk bertanding dengan nama-nama besar di dalam industri muzik, namun sebagai seorang penyanyi sudah tentu dia berhasrat untuk mara ke anugerah berprestij itu.

“saya gembira dan bersyukur tetapi dalam masa yang sama agak gementar untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Haqiem Rusli di dalam pentas ini. Jadi inilah satu penghormatan dapat bertanding bersama mereka. Sebenarnya hasrat untuk masuk ke peringkat akhir itu ada, tipulah jika cakap tiada.

Untuk persediaan, saya ada masuk ke kelas vokal. Sekiranya tiada rezeki untuk mara ke AJL tidak mengapa tetapi Insyallah saya akan adakan meet & greet buat peminat yang menyokong saya”

Jelas penyanyi berusia 19 tahun ini lagi, dia turut meletakkan hasrat untuk mengadakan sesi bersama peminat sebagai hadiah buat mereka yang menyokongnya selama ini. Sebagai rekod, video muzik lagu Kepuraanmu yang dicipta oleh Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam di laman YouTube kini mencapai lebih dari 25 juta tontonan sejak dilancarkan pada tahun lalu.

Luqman Faiz
https://lomp.at/px01f
Share13Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara