Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Pemilik Bugatti Termahal Di Dunia, Ini Koleksi Kereta Mewah Putera Arab Saudi

by Phic ARMAN
November 15, 2019
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Putera Arab Saudi, Badr bin Saud dilaporkan membeli kereta paling mahal di dunia Bugatti La Voiture Noire (LVN). Sebagai tambahan kepada kereta yang paling mahal, Prince of Saudi Arabia juga mempunyai koleksi kenderaan mewah lain.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Putera Arab Saudi adalah pengumpul kereta. Salah satu daripada keretanya adalah, Bugatti LVN dimana fotonya telah dimuatnaik baru-baru in di akaun Instagramnya, @b14.

Walaupun Badr tidak menunjukkan gambar kereta terkini di garasinya, namun ramai yang  percaya dia pemilik kereta Bugatti LVN yang paling mahal. Kerana, pada bulan Ogos 2016, beliau juga membeli Chiron dan Bugatti Vision GT Concept.

Bugatti LVN

https://www.instagram.com/p/B4TNCEeA9Sk/

Jenama kereta mewah dari Perancis, Bugatti telah memperkenalkan kereta paling mahal di Ganeva Motor Show Mac lalu. Kereta LVN Bugatti berharga US$ 18.7 juta atau bersamaan dengan RM77.6 Juta.

Pelbagai spekulasi juga beredar mengenai siapa yang akan menjadi pemilik kereta ini. Sebelum ini, ada khabar mengatakan bintang bola sepak Christiano Ronaldo sebagai salah seorang pemiliknya. Tetapi, CR7 menafikan khabar angin itu.

Walaubagaimana, media kini tertumpu kepada Putera Arab Saudi, Badr bin Saud selepas melihat Instagramnya. Ini kerana banyak gambar LVN Bugatti yang dimuat naik oleh beliau dia dilaporkan pemilik kereta mewah itu.

Bugatti Chiron dan Bugatti Vision Gran Turismo Concept

https://www.instagram.com/p/BKI8klpB6P6/

Badr dikenali sebagai peminat kereta mewah dari jenama Bugatti Perancis. Dia juga menjadi pengguna pertama untuk mendapatkan Bugatti Chiron dan Bugatti Vision Gran Turismo Concept ketika pertama kali muncul di dunia.

Untuk membeli kedua-dua kereta ini, Badr membelanjakan hingga US$ 5 juta atau sekitar RM 20.7 Juta.

Dua kereta dengan enjin W16 dipamerkan dalam Genewa Motor Show 2016. Dua kereta ini menjadi tumpuan di salah satu pameran terbesar di Eropah.

Tidak diketahui berapa banyak Badr membayar untuk kereta itu; Bugatti hanya mengesahkan kepada Carscoops bahawa beliau membuat tawaran paling meyakinkan untuk kedua-dua kereta itu.

Ia menunjukkan terdapat pembeli lain yang ingin mendapatkan kereta tetapi kalah berbanding dengan Putera.

Itu adalah tiga koleksi kereta mewah milik Putera Badr bin Saud dari Arab Saudi. Salah satunya, yang paling mahal! Berminat untuk memilikinya?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share34Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  4. 4

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  5. 5

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara