• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hazama Perjelaskan Klip Video Protege Tak Berbaju Dalam Bilik Hotel

by Zaidin Albert
November 25, 2019
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Konsert ke-7 Mentor Milenia 2019 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Ahad lalu menyaksikan juara mingguan menjadi milik peserta dari Kuala Lumpur Aedy Kama, 22.

Seorang lagi peserta yang menyerlah pada malam itu ialah Arayn Malek yang menyampaikan lagu Seiring Sejalan berduet dengan Zizi Kirana dengan baik sekali gus mendapat sorakan daripada penonton.

YouTube video

Namun apa yang mencuri perhatian penonton pada minggu ini adalah sedutan video Arayn bangun dari tidur dirakam tanpa pengetahuan oleh mentornya Hazama. Lebih mengejutkan, sedutan video yang memaparkan dirinya hampir separuh bogel itu disiarkan secara langsung dan telah disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Disengaja atau tidak? Murai MY berjaya mendapatkan Hazama dan Arayn bagi mengulas sedikit tentang video tersebut

“Sebenarnya video itu sengaja dirakam ketika saya datang ke  Pearl Hotel untuk bertemu protege saya iaitu Apeks dengan tujuan untuk mengambil hadiah kemenangan juara mingguan.” kata Hazama ketika di temui selepas konsert berlangsung.

Pada masa yang sama, Hazama diberitahu oleh Apeks bahawa, Arayn masih tidur dan tanpa memikir panjang dia terus ke bilik hotel dan mahu merakam momen Aryn ketika sedang tidur.

Kredit Foto: Youtube TV9MALAYSIA Official

“Saya ambil kad kunci bilik dari Apek dan bawa cameraman untuk terjah ke bilik dan memang sengaja mahu rakam Arayn sedang tidur”

Menurut Hazama, dia sengaja mahu merakam video Aryn sedang tidur walaupun pada ketika itu Arayn tak berbaju dan hanya memakai seluar pendek.

“Masa ni lah saya nak rakam momen Arayn masa tengah tidur! Niat saya hanya mahu memberi pengajaran kepada Arayn supaya jangan bangun lambat”

Bila ditanya kepada Arayn, tidakkah dia merasa malu apabila dirinya tak berbaju di lihat oleh seluruh Malaysia, ini jawapan yang diberikan;

” Saya ok jer! Badan je pun, bukan tunjuk kemaluan saya!”- katanya

Bagi Hazama, antara tujuan lain dengan merakamkan video ini sebenarnya untuk peminat supaya boleh melihat karakter dan telatah protegenya.

Kredit Foto: Youtube TV9MALAYSIA Official

“Setiap orang akan melalui proses bangun tidur, jadi apa yang saya mahu pamerkan adalah sisi lain Aryn ketika bangun tidur. Saya rasa tak saya kongsikan hal yang melampau,” tegasnya.

Hazama turut menafikan bahawa dengan cara sebegini bertujuan untuk menaikkan nama dan populariti protege-protegenya.

“Saya bukan mahu menaikkan nama sesiapa, tetapi hanya mahu menonjolkan karakter mereka. Kerana mereka masih belum bergelar seniman atau artis, jadi sebelum mereka bergelar seniman, semua orang kena tahu karakter seniman itu terlebih dahulu. Jadi melalui rancangan Mentor Milenia ini, kita ada ruang untuk membawa penonton mengenali protege kegemaran mereka dan menerima seadanya”- tambahnya lagi.

Pada malam Konsert ke-7 Mentor Milenia 2019 itu menyaksikan penyingkiran protege dari mentor Akim iaitu Ryan Que. Konsert Mentor Milenia yang membabitkan 10 episod menemui penonton bermula 6 Oktober lalu setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

https://lomp.at/cwjnc
Share69Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore