Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Pernah Kerja Kutip Bola Tenis, Ini 8 Rahsia Peribadi Ramli MS Yang Mengejutkan

by Phic ARMAN
November 26, 2019
258
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut saja namanya, pasti ramai yang akan mengaitkan beliau dengan program realiti terbitan Astro, GegarVaganza. Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Tok Ram merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia.

Dilahirkan pada 17 November 1958, pasti ramai yang bersetuju sekiranya Murai MY nyatakan bahawa Tok Ram kini semakin diminati kerana keperibadian beliau yang suka bergurau lebih-lebih lagi jika disakat oleh hos popular, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Sebelum ini Tok Ram pernah tampil dalam sebuah rancangan TV yang bertajuk Ini Kisahku terbitan Primework Studio di mana penonton dapat mendengar pengalaman beliau dan sekaligus mengetahu rahsia peribadi suami kepada penyanyi Alyah ini.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Murai MY ingin selami kisah Tok Ram dan berikut 8 kisah latar belakang & rahsia peribadi Tok Ram yang ramai tak tahu.

Pekerjaan Pertama Sebagai Pengutip Bola Tenis

Semasa beliau berusia 9 tahun, siapa sangka Tok Ram sudahpun mempunyai pendapatannya sendiri dengan bekerja sebagai pengutip bola Tenis di Singapura selama 1 tahun. Menurut Tok Ram, dia menerima gaji harian sebanyak RM1.50 dan itu adalah pekerjaan pertamanya sepanjang hidup.

Pernah Bekerja Sebagai Buruh Kasar

Demi menyara kehidupan keluarganya yang agak susah, pada ketika usia menjangkau 10 tahun Tok Ram pernah bekerja sebagai buruh kasar dengan memperoleh pendapatan sehingga 7 dollar sehari. Menurut Tok Ram, , pendapatan yang diterima pada masa itu dianggap cukup mewah.

Berhenti Sekolah Pada Usia 12 Tahun

Inilah dinamakan pengorbanan! Pada berusia 12 tahun , Tok Ram terpaksa melupakan zaman persekolahan di darjah enam kerana mahu membantu keluarga. Keputusan ini dibuat olehnya Tok Ram sendiri kerana pada masa itu dia merasakan kos menyara persekolahan itu membebankan keluarganya.

“Memang saya tak nak sekolah, sebab saya nak tolong keluarga, saya rasa sekolah tu macam membebankan ibu bapa. Kami bukan orang senang! Saya rasa macam membebankan mereka untuk beli buku dan pakaian sekolah. Sebab itu saya bekerja untuk cari duit”- katanya dalam program TV tersebut.

Menceburi Bidang Muzik Ketika Bekerja Di Funfair

Ketika usianya meningkat remaja pada usia 17 tahun, barulah Tok Ram menceburi bidang muzik di mana pada masa itu dia bekerja di Funfair.

“Saya baru menceburi bidang muzik pada usia 17 tahun di Funfair. Bayangkan pada usia itu, saya sudah bekerja di Kuala Lumpur, kemudian ke Hong Kong, Taiwan dan Jepun”

Tidak Tegas Seperti Yang Disangka

Umum tahu yang sikap Tok Ram cukup tegas dan serius ketika menjadi juri dalam sesebuah program nyanyian. Namun sebaliknya ketika bersama keluarga, Tok Ram dinilai begitu tegas seperti yang dilihat di kaca TV. Hal ini telah didedahkan oleh anak perempuannya, Nadiah Ramli.

View this post on Instagram

A post shared by nadiah (@nadiahramli)

“Bila dia buat show, selalunya orang akan cakap dia tegas dan garang. Tapi dekat rumah, taklah tegas sangat, dia selalu buat lawak. Kalau dia nak tegur pun, dengan lembut. Tak lah jerit-jerit !” – katanya

Meminati Yuna

Bila ditanya siapakah artis Malaysia yang dikagumi,  Tok Ram menyukai penyanyi Yuna Zarai, yang kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat. Menurut Tok Ram, Yuna dianggap sebagai penyanyi era moden yang patut dicontohi oleh artis-artis di Malaysia.

“Di Malaysia ini, saya suka Yuna, dia penyanyi era moden yang kita patut ada 10 macam dia”- katanya

Bawa Ibu Bapa Menunaikan Haji & Umrah

Ibu Tok Ram, Puan Bibah Nasrun pernah mendedahkan bahawa Tok Ram seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Di kala sibuk mencari rezeki, Tok Ram tidak pernah melupakan keluarga. Ibunya berkata, sebelum ini Tok Ram telahpun membawa kedua-dua ibu bapanya menunaikan umrah dan setahun kemudian mengerjakan Haji.

Beli Tiket Ke Makkah Sehari Sebelum Berangkat

Walaupun sudah berkunjung ke pelbagai negara di seluruh dunia, berada di Tanah Suci merupakan kenangan yang paling indah dan manis dalam kehidupannya.

Kenangan tak boleh dilupakan, pernah suatu ketika Tok Ram pernah menempah tiket penerbangan ke Makkah untuk menunaikan Umrah, 2 hari sebelum berangkat.

“Kenangan tak boleh dilupakan, pernah sekali, hari ini saya terfikir untuk pergi Umrah, esok beli tiket, dan lusa saya pergi”- ujarnya.

YouTube video

Apa-apa pun Murai MY mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada Tok Ram yang baru saja merangkul anugerah Lifetime Achievement Award Prestigious Leader In Music Industry di Majlis Anugerah Industri Prestij Malaysia 2019 yang berlangsung baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ramli Mohamed Salleh (@tokram_ramlims)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/2kkd8
Share114Tweet60SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem