Penyanyi yang pernah digelar paling kaya di Indonesia, Agnez Monica, atau lebih dikenali dengan nama Agnez Mo, telah mencetuskan kontroversi dan menjadi perbualan hangat di media sosial kerana tidak mengaku berdarah Indonesia.

Kenyataan itu telah lemparkan oleh beliau menerusi temu bual dengan hos Kevan Kenney dalam siri video YouTube Build NYC oleh Yahoo!

IKLAN

Dalam program tersebut, Kevan Kenney bertanya mengenai agama yang dianuti oleh Agnez sebagai seorang Kristian. Pertanyaan itu diutarakan kerana Indonesia adalah negara majoriti Muslim, jadi dia ingin tahu bagaimana Agnez hidup dalam kumpulan ‘minoriti’.

“Ya, Itu sangat menarik, kerana Indonesia mempunyai lebih dari 18 ribu pulau. Dan di setiap pulau, kami mempunyai budaya yang berbeza, kita juga mempunyai pakaian tradisional yang berbeza, seperti alatmuzik, secara amnya budaya kami sangat pelbagai”

Agnez membuat pengakuan bahawa dia hanya dilahirkan di Indonesia namun mengenai asal usul, dia sebenarnya berketurunan Jerman, Jepun dan Cina

“Saya bukan berdarah Indonesia sama sekali, saya keturunan Jerman, Jepun dan Cina, saya hanya dilahirkan di Indonesia dan saya juga seorang Kristian, sedangkan di Indonesia majoriti adalah Muslim.

“Saya tidak mahu mengatakan bahawa saya bukan sebahagian dari Indonesia, kerana saya rasa orang ramai boleh menerima saya dengan baik, tetapi ada perasaan di mana saya merasa berbeza daripada kebanyakan orang. Ia mengajar saya menerima kritikan, perbezaan, dan sisi saya yang unik,”- kata Agnez Mo.

Justeru, kenyataan Agnez ini mengundang kontroversi dan mendapat kecaman netizen. Agnez akhirnya memuat naik penjelasannya tentang rasa bangga dengan Indonesia kerana kepelbagaian budaya di akaun Instagramnya.

IKLAN
Artikel SebelumnyaHaneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi
Artikel SeterusnyaDa’i Farhan Dakwa Difitnah Angkara Dendam
Tidak terlalu lama dalam bidang penulisan. Bolehlah setakat mahu untuk berkongsi pendapat dan info. Memang suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.