Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Rahsia Fitur Kamera Samsung Galaxy S11 Dibocor, Boleh “Zoom” 100x?

by Phic ARMAN
November 27, 2019
Share on Facebook

Pada minggu lepas, sebuah paten menunjukkan telefon flagship Galaxy S11 akan dilengkapi dengan teknologi kamera lossless zoom ala teleskop angkasa .

Kini, seolah-olah untuk memperkuat lagi paten itu, ada khabar angin yang mengatakan kamera telephoto Galaxy S11 mempunyai keupayaan zoom optik sehingga 10x, kemudian zoom hibrid mencapai 100x. Ciri zoom hibrid ini juga dipanggil “Space Zoom”.

Maklumat ini didedahkan oleh laman sesawang, Matrixlife.gr, yang sebelum ini laman tersebut boleh dianggap tepat untuk meneka ciri-ciri telefon Galaxy yang akan dilancarkan.

Seperti apa yang mereka bocorkan, Galaxy S11 akan dilengkapi dengan empat kamera yang dipasang di belakangnya. Dua kamera belakang termasuk kamera utama 108 megapiksel dan kamera telefoto 48 megapiksel. Sementara dua kamera lain dikatakan kamera ultrawide dan kamera 3D ToF (masa penerbangan).

PRICEBABA/ONLEAKS

Selain keupayaan zoom optik 10x dan zoom hibrid sehingga 100x, juga disebutkan bahawa kamera Galaxy S11 mampu merakam video dengan resolusi 8K dengan kadar bingkai 30 fps, seperti yang dilaporkan oleh Matrixlife.gr.

Selain itu menurut khabar angin yang beredar, Galaxy S11 akan datang dalam tiga saiz skrin iaitu 6.2-6.4 inci (Galaxy S11e), 6.7 inci (Galaxy S11) dan 6.9 inci (Galaxy S11 Plus).

Galaxy S11 dan S11 Plus sendiri dikatakan mempunyai kelebihan pada skrin, iaitu dengan refresh rate tinggi sebanyak 120 Hz. Untuk pelancaran, Galaxy S11 dilaporkan akan diperkenalkan oleh Samsung pada 11 Februari 2020. Kita tunggu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara