Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Ombak Rindu Kembali! Kini Dengan Versi Drama Bersiri

by Khai Azfar
December 12, 2019
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada tahun 2011, filem yang diadapatasi dari novel terkenal, Ombak Rindu telah mencipta fenomenanya tersendiri apabila berjaya mengutip lebih dari RM10 Juta kutipan sekaligus mendapat pujian ramai sehingga diiktiraf sebagai drama romantik paling ikonik dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Ombak Rindu The Series Kini Di iflix 

Kini selepas 8 tahun, drama di antara watak utamanya, Izzah dan Hariz berterus bagi menggamit perasaan penonton setianya. Bukan sahaja menampilkan semua barisan baharu pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela, Zaki Azeman dan Uqasha Senrose malah kini ianya dijadikan sebagai drama bersiri, Ombak Rindu The Series yang kini boleh ditonton secara percuma menerusi servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, iflix.com dan aplikasi SHAREit.

Osman Ali Teruja 

iflix kini bekerjasama dengan Infinitus Productions dan pengarah tersohor Osman Ali, menyambung legasi drama romantik tersebut dengan pembikinan drama 4 bahagian bagi melengkapkan kisah cinta antara Hariz dan Izzah.

Menurut Osman ketika ditemui Murai.my di sidang media pelancaran drama Ombak Rindu The Series baru-baru ini, dia menganggap penerbitan drama ini di iflix adalah sebuah peluang apatah lagi memberi peminat dengan pengalaman lain dengan pendekatan dan pelakon baru. Jelasnya, penerbitan sekual bagi filem sememangnya agak sukar namun dia percaya drama bersiri bakal memberi impak yang sama apatah lagi setiap episodnya juga berdurasi hampir panjang dengan sebuah telemovie.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ombak rindu the series
https://lomp.at/oe48f
Share23Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem