Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baru, tahun 2020 yang menjadi sebutan sejak dahulu lagi. Dengan kemunculan 2020, ini bermakna dekad yang baharu bakal bermula meninggalkan 10 tahun yang menjadi pelbagai peristiwa termasuk di dalam industri hiburan.
10 Perkahwinan Wedding Of The Decade
Saban tahun,ada sahaja selebriti mahupun kenamaan yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Bukan sahaja diadakan gilang-gemilang malah ada diantaranya yang mendapat tajaan dari jenama-jenama terkenal. Bersempena dengan tahun baharu tidak lama lagi, Murai.my imbas kembali himpunan 10 perkahwinan selebriti yang sebelum ini menjadi tumpuan pihak media sehingga mendapat jolokan ‘Wedding of The Decade’.
2010 – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Dr Harlina
Selamat diijabkabulkan pada 10/10/2010 angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah memilih Dr Harlina sebagai peneman hidupnya. Majlis yang bertemakan pahlawan melayu di istana kayangan ini telah dihadiri lebih dari 1000 kenamaan terdiri daripada kerabat diraja, barisan menteri serta 100 orang angkasawan yang dijemput khas dari seluruh dunia.
Mendapatkan khidmat dari Butik Cosry, Jakel, Bibah Songket dan Datuk Bernard Chandran bagaimanapun angkawasan ini pada ketika itu memohon kepada mereka agar tidak mendedahkan jumlah perbelanjaan majlis berkenaan. Pasangan ini kini bahagia di samping 4 orang anak mereka Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
2011 – Norman Hakim Dan Memey Suhaiza
Pada September 2011, tumpuan diberikan buat perkahwinan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang diraikan di Hotel Crowne Plaza Mutiara ketika itu dalam majlis yang cukup meriah dan serba mewah! Manakan tidak, majlis yang dianggarkan berjumlah RM12,000 itu ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Malah Memey turut berkesempatan menyarungkan dua gaun pengantin termasuklah dari pereka tersohor dunia, Vera Wang dan tiga pereka tempatan daripada Rafflesia disulami mutiara gred A yang bernilai RM500,000. Bagi Norman pula, pelakon itu telah memakai dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord’s Taylor yang mana bernilai RM10,000 setiap satu.
Tidak cukup dengan itu, Memey juga cukup bertuah apabila Profesor Datuk Jimmy Choo telah menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000. Kini mereka bukan sahaja bahagia bersama tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama, malah turut dimeriahkan dengan keluarga besar bersama Abby Abadi dan suami. Sememangya keluarga besar ini layak menjadi contoh buat peminat!
2012 – Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Tahun 2012 menyaksikan ramai selebriti ternama mendirikan rumahtangga namun perkahwinan Awal Ashaari bersama Scha Al-Yahya antara yang mencuri perhatian! Biarpun hanya adakan satu resepsi ketika itu namun pasangan selebriti ini menerima banyak tajaan yang dianggarkan kira-kira terdiri dari 10 pihak penaja.
Ini termasuklah tajaan mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa, 1,750 cenderahati tajaan dari Avon & Bateel Asia bernilai RM60,000 buat para tetamu selain Bio Essense & Nugeno Men menjadi enaja utama untuk majlis pernikahan dan resepsi. Malah Astro Ria juga telah dilantik sebagai penyiar rasmi yang telah menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.
2013 – Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Dengan simbolik tahun 2013, perkahwin pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin dianggarkan mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM13 juta. Selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, dengan tajaan dari 27 para penaja termasuklah barang kemas bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib, perkahwinan ini dikatakan cukup mewah pada ketika itu.
Sebagai info Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin. Malah baru-baru ini, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 7, pasangan ini telah menyarungkan semula busana pengantin. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, di samping dua orang anak lelaki Che Ta hasil perkahwin terdahulu, Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.
2014 – Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden
Biarpun di usianya ketika itu 19 tahun, Ainur Syakina atau lebih dikenali sebagai Eina Azman telah selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35 di Hotel Grand Hyatt. Sebagai info, Eina menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 dan sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning.
Pihak pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki. Hasil perkahwinan, mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata yang juga pasangan kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubre.
2015 – Hairul Azreen dan Hanis Zalikha
Mungkin perkahwinan pasangan ini tidaklah semewah selebriti yang lain. Namun bukti cinta mereka dan keberanian Hairul melamar Hanis antara yang dinanti-nantikan oleh para peminat. Sebagai info, kesemua majlis mereka termasuk pertunangan dan pernikahan tekah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria.
Hairul telah menyerahkan wang hantaran berjumlah RM91,019.90 kepada Hanis yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Hanis yang jatuh pada 9 Oktober 1990
2016 – Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Barangkali perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan antara yang tertinggi setakat ini. Manakan tidak dengan populariti Sam ketika itu, perkahwinannya telah ditaja berjumlah RM25 juta ringgit!
Menurunya, hampir kesemua telah ditaja melainkan barang hantaran dan cincin perkahwinan mereka.Berikut adalah pecahan tajaan perkahwinan pelakon ini
1. Barang kemas pengantin perempuan (RM20 juta)
2. Baju kahwin (RM730,000)
3. Kek kahwin (RM18,000)
4.Doorgift tetamu (RM45,000)
5. Hiasan majlis perkahwinan (RM405,000)
6. Videographer dan photographer (RM90,000)
7. Kos pengangkutan (RM35,000)
8. Lain- lain kos (RM3.5 juta)
2017 – Fattah Amin dan Fazura
Pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Mandarin Oriental serta dihadiri ahlli keluarga serta rakan – rakan artis.Hiasan majlis resepsi mereka begitu indah sekali. Bertemakan ‘fairy tale avant-garde’, setiap inci hiasan dan tatarias begitu menonjol dengan tema yang diterapkan.Malah jika anda mengikuti perkembangan FattZura ini kedua – duanya salin bertemu dan bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang dan tidak lama kemudian hangat bercinta sehingga ke jinjang pelamin.
Melihatkan pada FattZura, kedua- duanya begitu serasi bak pinang dibelah dua. Malah pada malam resepsi itu pasangan ini kelihatan berseri. Ditambah pula dengan rekaan pelamin berbentuk istana yang melengkapi temanya, ramai yang memuji malam resepsi yang begitu indah ini. Liputan media? Usah ditanya kerana hampir segala-galanya cuba dihidu pihak media!
2018 – Yuna dan Adam Sinclair
Boleh dikatakan perkahwinan Yuna dan pasangannya yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair, Adam Sinclair menjadi pencetus idea buat mereka yang mengimpikan perkahwinan bertemakan ‘garden wedding’ yang sebenarnya.
Bertempat di Puncak Rimba, Bentong segala dekorasi perkahwinan itu dihiasi dengan bunga-bunga segar malah perkarangannya juga begitu mendamaikan. Malah tema tersebut turut merealisasikan pelantun Forevermore itu sejak sekian lama.
“Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyataan!”
2019 – Datuk Seri Eizlan Yusof dan Natasha Rosa
Menamatkan zaman duda nya dengan wanita pilihan, Natasha Rosa pasangan ini telah selamat bernikah baru-baru ini dalam empat majlis selama empat hari berturut-turut. Malah Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran berjumlah RM12,121,90 buat isterinya.
Selain diarak menaik bot khas, Eizlan dan isteri juga telah diberikan penghormatan istiadat penuh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti perakakan ‘sword bearer’ dan barisan pegawai berserta pancaragam.Kesemua majlis tersebut dianggarkan menelan kos lebih RM1 juta.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.