Peserta MLM Terkejut Kumpulan Stone Tersingkir Di Suku Akhir

Dalam perkembangan lain, rata-rata peserta MLM yang lain turut terkejut melihatkan pada keputusan itu apatah lagi menganggap tiada penyingkiran akan dibuat memandangkan pada malam itu turut menjemput selebriti memeriahkan setiap persembahan para peserta.

Mesti Baca

Perjalanan kumpulan Stone dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) jumaat lalu terhenti apabila Stone yang dianggotai oleh gabungan Azlee Senario, Mamat Sepahtu dan Acong diumumkan tersingkir pada minggu suku akhir oleh salah seorang juri tetap rancangan itu, Lisa Surihani.

Tetap Berbangga 

Bertemakan Parodi dan Trend Terkini,Stone bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut dan seperti sudah menjangka bakal tersingkir dalam minggu ke-9 itu.

Menurut Stone ketika ditemui Murai.my, mereka tetap berasa bangga kerana berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir apatah lagi melihatkan lagi 5 kumpulan yang berjaya itu terdiri daripada kebanyakan mereka yang pernah menyertai musim sebelum ini.

“Kami merupakan satu kumpulan yang baru dan dapat melangkah ke suku akhir pun sudah bersyukur dimana kami bersaing dengan nama-nama hebat. Bagi kami penyingkiran ini tidak terkejut pun kerana lagi 5 kumpulan semuanya hebat-hebat belaka”

Tambah Acong, pada mulanya bukanlah mereka mengharapkan untuk tersingkir namun melihatkan pada saingan yang tinggal, mereka hanya ingin beri yang terbaik dan menghiburkan peminat-peminat yang sentiasa menyokong mereka.

“Sebenarnya untuk minggu ini bukan kami sengaja rancang untuk keluar. Tapi bila kami tengok berapa peserta yang tinggal, kami ada cakap ‘ini semua hebat-hebat ini. Kalau terkeluar pun mungkin kita’. Jadi Alhamdulillah persembahan pertama dan kedua kami orang tetap ketawa”

Bocey Turut Terkesan

Dalam perkembangan lain, rata-rata peserta MLM yang lain turut terkejut melihatkan pada keputusan itu apatah lagi menganggap tiada penyingkiran akan dibuat memandangkan pada malam itu turut menjemput selebriti memeriahkan setiap persembahan para peserta. Bagi kumpulan Bocey mereka akui sedikit terkesan dengan penyingkiran Stone apatah lagi menganggap Azlee sebagai idola mereka sejak dari kecil.

“Kami terasa bila Abang Azlee bersama Stone diumumkan tersingkir. Dia, Abang Acong dan Mamat memang bagus. Bukan sahaja kami, malah majoriti peminat pun akan terkejut dan sedih bila melihatkan Stone terutama Abang Azlee yang kami anggap Otai terpaksa meninggalkan pentas. Impak kumpulan Stone ini agak kuat.

Kalau tak, setiap kumpulan tidak akan guna trademark mereka. Kami suka abang Azlee punya cara penyampaian. Agak tenang dan sentiasa positif. Itulah penangan orang yang sudah lama dalam industri. Kami agak malam ini tiada penyingkiran apatah lagi kali terakhir penyingkiran dibuat ketika minggu selebriti jemputan sekitar tahun 2014”

Dengan penyingkiran tersebut, MLM minggu separuh akhir akan menyaksikan persaingan 5 kumphlan yang tinggal, Puteh, Zero, Rare, Bocey dan Jborn.Persembahan setiap peserta diadili oleh empat juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70 peratus pemarkahan, manakala 30 peratus lagi daripada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di platform digital, Gempak.

Terkini

[REVIEW] Mortal Kombat 2021 Buat Penonton Teruja Tunggu Sekuel Seterusnya

Sebelum menonton filem ini, penulis terlebih dahulu bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah menonton Mortal Kombat 2021 yang digambarkan oleh...

Artikel Berkaitan