Kebun Durian & Panorama Menghijau Antara Tarikan Di Bangi Resort Hotel

42

Melangkah masuk ke Bangi Resort Hotel yang terletak di puncak tertinggi Bandar Baru Bangi memang sangat teruja. Ini kerana  hotel ini sungguh megah dan reka bentuk ala Sepanyol memberi suasana berbeza dari hotel lain. Yang pasti selepas jejakkan kaki ke hotel ini, sesiapa sahaja tetamu akan dilayan seperti VIP oleh pekerja di hotel ini. Lobi hotel ini menyediakan suatu pengalaman yang berbeza buat mereka yang datang kesini.

Sebelum ini, Bangi Resort Hotel beroperasi sebagai Hotel Bangi-Putrajaya bermula 2014 dan sebagai Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya sejak 1997. Bermula pada 1 Januari yang lalu, mereka melakukan penjenamaan semula termasuk pengubahsuaian kepada 256 bilik tetamu secara berperingkat sejajar dengan peredaran zaman.

Bilik Jenis Premier Family yang telah diubah suai menjadi lebih moden dan  kontemporari (harga semalam bermula dari RM335)

Dengan persekitaran yang sedap mata memandang, hotel ini menyediakan banyak kemudahan antaranya ialah gimnasium, kolam renang yang luas termasuk dua kolam untuk kanak-kanak, tempat permainan kanak-kanak funland, gelanggang tenis, salun kecantikan serta pengangkutan harian ke Kuala Lumpur, pusat beli belah dan tempat-tempat tarikan pelancong yang berdekatan.

Bagi anak-anak pula, sudah semestinya kolam renang menjadi pilihan. Bagi memudahkan pengunjung resort bersantai, gazebo turut di sediakan.

IKLAN

Penulis berpeluang untuk menginap di Bilik Premier yang sedikit klasik bersama keluarga. Bilik ini boleh dikatakan unik dengan dilengkapi bilik mandi besar, malah mempunyai balkoni dengan pemandangan alam semula jadi yang luas terbentang. Yang paling penting, ada internet akses dengan kelajuan yang cukup memuaskan.

Balkoni dengan pemandangan alam semula jadi yang terbentang luas.

Tak hairanlah jika selepas ini, Bangi Resort Hotel dikhabarkan bakal membina bangunan baharu yang menempatkan kira-kira 400 bilik tetamu dalam tempoh 5 tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Bangi Farm Resort

Lebih unik, Bangi Resort Hotel sedang giat membangunkan projek Bangi Farm Resort  yang terletak berhampiran dengan hotel. Sebanyak 200 pokok durian Musang King  500 pokok buah tin, 50 pokok avakado selain ulam-ulaman seperti ulam raja, bunga telang di tanam di kawasan dusun tersebut. Menarik kan?

IKLAN

Kunjungi dan rasai percutian yang sebenar di Bangi Resort Hotel. Anda tidak perlu bersusah payah atau bimbang apabila menginap di hotel ini kerana segala kemudahan telah tersedia. Ia terpulang kepada anda. Segalanya ada di sini! Maklumat lanjut boleh melayari laman web www.bangiresorthotel.com atau emel @bangiresorthotel.com atau hubungi 03-8210 2222.