Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Gelagat 5 Selebriti Daftar Hari Pertama Anak Bersekolah

by Khai Azfar
January 2, 2020
161
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020 dibuka. Perhatian sudah semestinya diberikan buat ibubapa yang menghadapi pelbagai ragam anak-anak terutamanya buat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Gelagat 5 Selebriti Daftar Hari Pertama Anak Bersekolah

Tidak terkecuali buat selebriti-selebriti ini yang berkongsi pengalaman mereka menemani anak-anak ke sekolah yang cukup menghiburkan. Ada yang pertama kali berhadapan dengan situasi sedemikian dan tidak kurang juga mengalami situasi yang sama setiap tahun. Berikut kami tampilkan 5 selebriti yang berkongsi pengalaman mereka bersama anak-anak di hari pertama persekolahan.

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Pengalaman baharu buat pasangan suami isteri ini. Tahun 2020 menyaksikan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendaftar dua anak mereka Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa di sebuah sekolah swasta terkenal.

View this post on Instagram

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Jika Attar tahun ini sudah berumur 7 tahun, Hayla pula berusia 4 tahun. Akui masa cepat berlalu, Wawa turut berasa sebak anak-anaknya kini sudah membesar dengan begitu pantas.

Siti Sairah

Hari ini merupakan hari pertama anak ketiga penyanyi Siti Sairah, Ahmad Aisy bersekolah. Menerusi perkongsian Sairah,adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sempat menemani anak kesayangannya itu selain mendoakan anak-anaknya menjadi seorang anak yang cemerlang.

https://www.instagram.com/p/B6zXA3hA30Y/

Selain Aisy, Sairah turut mempunyai tiga orang lagi cahaya mata Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Siti Nurkhalishah Alisha.

Tomok

Biarpun anak-anak kepada Tomok, Arrian Shah Akid dan Andra Shah Iman terlebih dahulu menjejaki alam persekolahan sebelum ini, namun buat penyanyi ini pada awal persekolahan sudah semestinya mengalami kesukaran apatah lagi mengejutkan mereka untuk bersekolah.

View this post on Instagram

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Itulah yang dikongsi Tomok menerusi laman Instagram nya yang turut dipersetujui oleh pengikutnya selain turut berkongsi pengalaman mereka bersama.

Nana Mahazan

Buat selebriti Nana Mahazan, dia akui agak risau apabila seorang lagi anaknya mula bersekolah pada hari ini sebagai pelajar tahun satu.

View this post on Instagram

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Selain anak sulung Nana,Althea Raqeem Brian anak bongsunya, Aaqib Raqeem Brian juga didaftarkan di sekolah yang sama.

Elly Mazlein

Di sebalik debaran majlis perkahwinannya, tahun ini juga merupakan tahun pertama anak pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein memulakan alam persekolahan. Menerusi perkongsian yang dibuat Elly atau juga mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, dia juga sama seperti ibu bapa yang lain setia menanti di luar kelas memerhatikan gelagat anak-anak mereka.

View this post on Instagram

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Sebagai info, Elly mempunyai seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia Azmi, 4 hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Azmi Hatta.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anak selebriti
https://lomp.at/hfrof
Share68Tweet39SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem