Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[GIVEAWAY] Menang 4 Tiket ‘A Mouse’s Tale Sunway Lagoon, Sempena Tahun Baru Cina

by Phic ARMAN
January 14, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Istimewa buat rakyat Malaysia, tahun ini pasti menjadi lebih bermakna jika anda berkunjung ke Sunway Lagoon sempena menyambut Tahun Baru Cina.  Dengan tema Tahun Tikus, Sunway Lagoon bakal memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina bersama pengunjung dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.

Lebih menarik, pada 25 dan 26 Januari 2020, para pengunjung disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Pengunjung dihadiahkan sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin. Bukan itu sahaja, ada persembahan lain seperti Tarian Singa,  Gendang Cina dan sketsa istimewa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.

Dikhabarkan tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Oleh itu para pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.

Rat Zodiac Statue

Aktiviti menarik seterusnya,  anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon untuk simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga # 1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum cina).

Huat Cheese Mountain

Selepas itu, anda harulah berkunjung ke Huat Cheese Mountain. Nak buat apa di sini?  Pengunjung memasang hajat dan mencampak duit syiling ke dalam lubang keju gunung. Sebagai ganjaran segera simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping syiling emas.

Wishing Love Pond

Selain itu, istimewa untuk yang masih bujango, apa kata anda berkujung ke Wishing Love Pond, untuk tunaikan harapan anda demi impian hubungan yang indah pada tahun 2020 dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Mudah-mudah dipertemukan jodoh!

Fortune Chest

Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda dijemput ke Fortune Chest! Langkahnya cukup mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.

Lucky Tree

Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif Huawei dan pelbagai lagi.

Rat Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung, terutamanya untuk kanak–kanak seperti Rat  Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.

Zamberi River

Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Maju ke Zamberi River di mana tarikan ini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air.

Chinese New Year Fortune Wheel!

Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel! Gandakan nasib anda dan berpeluang untuk menangi hadiah menarik dengan pembelian minimum RM188 di mana-mana kedai cenderahati dalam satu resit tunggal.

Medan Selera

Bersesuaian dengan cuaca tropikal, para tetamu boleh menghilangkan rasa haus mereka dengan pelbagai jenis minuman berasaskan tebu ditawarkan dengan harga yang berpatutan seperti Delight Cane, Karimbu Juice atau Sugar Cane Mojito. Lapar? Dapatkan tawaran istimewa Sunway Lagoon Caterer’s Prosperity Combo Meal di mana mana kiosk makan Sunway Lagoon Caterer. Mencari lokasi sesuai untuk sesi pertemuan semula? Usah risau. Beach Bistro Restaurant menawarkan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina bermula dari RM388*.

Abadi dan muat naik momen istimewa anda dengan tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial media Facebook ataupun Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau kunjungi facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Bagaimana, berminat nak mencuba tarikan unik ini? Khas Untuk pembaca setia murai.my,  kami ingin mencari pemenang bertuah untuk memenangi 4 tiket masuk Sunway Lagoon ‘A Mouse’s Tale (Chinese New Year)’ secara percuma!

Caranya anda hanya perlu bermain permainan yang disediakan dan sertakan slogan bagi melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Ikuti 2 Langkah Mudah Ini Untuk Menang 4 Tiket

Langkah Pertama

  1. Selesaikan permainan ‘Mice Maze’ yang tertera di atas.
  2. Kemudian hantar penyertaan anda kepada kami di facebook atau Instagram rasmi kami.

Langkah Kedua

  1. Kongsi artikel ini di laman sosial anda bersama dengan slogan

“Saya mahu membawa keluaga ke  ‘A Mouse’s Tale (Chinese New Year)’ Sunway Lagoon kerana….”

2. Dalam penyertaan anda, sertakan hashtags  #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.

3. Kemudian hantar ‘link’ posting tersebut kepada kami, jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan. Jangan lupa hantar sekali ‘Mice Maze’ anda ya!

Keputusan Adalah Muktamad

  • Pemenang akan dihubungi pihak Murai MY melalui Facebook/Instagram anda.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket di pejabat kami pada 21 – 22 Januari 2020 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN
  • Tiket hanya boleh ditebus dari 23 Januari hingga – 6 Februari 2020.
https://lomp.at/oi0el
Share15Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara