Tidak dapat dinafikan bahawa kematian watak Iron Man atau Tony Stark, dimainkan oleh Robert Downey Jr. dalam “Avengers: Endgame” telah meninggalkan kesedihan yang sangat mendalam untuk peminat.
Seperti mana yang kita tahu, Iron Man sendiri telah menggadaikan nyawanya untuk menjentikkan jarinya untuk menghancurkan Thanos.
Setelah sekian lama filem itu ditayangkan, nampaknya peminat masih tak moveon dan mempunyai harapan untuk kembali melihat watak Tony Stark di MCU padamasa depan . Kerana, Robert Downey Jr. dirinya tidak menolak untuk membincangkan kemungkinan itu dalam temu bual baru-baru ini.
“Yeah, apa apa pun boleh berlaku”
Dalam temu bual dengan Extra via CinemeBlend mengenai filem barunya “Dolittle”, pelakon yang mesra dipanggil RDJ itu ditanya samaada dia akan berlakon semula wataknya sebagai Tony Stark atau Iron Mana pada masa akan datang. Ini jawapan beliau;
“Yeah, Apa apa pun boleh berlaku,” kata pelakon itu. “Apa yang saya tahu ialah saya sudahpun menggantung senjata saya dan saya baik-baik saja untuk melepaskannya.”- katanya
Dalam kenyataannya yang lain, pelakon berusia 55 tahun kemudian juga mengatakan bahawa Marvel Studios cuba mencipta sesuatu yang baru dalam fasa empat MCU.
“Saya juga fikir Marvel sedang dalam proses di mana mereka mencuba banyak hal yang baru, saya gembira melihat bagaimana semuanya berlaku, ” katanya.
Dengan kata-kata yang diungkapkan oleh RDJ ini sudah cukup untuk memberi harapan kepada para peminat Ironman. Adakah Ironman akan kembali? Sama-sama kita nantikan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.