Penyanyi Paling Muda! Billie Ellish Bakal Nyanyikan Lagu Filem James Bond

31
KONGSIAN

Selain pelakon yang memegang watak Ejen 007, lagu tema bagi filem James Bond juga merupakan antara yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Billie Eilish Penyanyi Lagu Tema No Time To Die 

Bagi filem James Bond akan datang, No Time To Die penerbit filem itu telah pun mendedahkan penyanyi manakah yang akan diberi kepercayaan menyanyikan lagu temanya. Siapa sangka,dikalangan ratusan penyanyi popular Hollywood,penyanyi pop remaja, Billie Eilish telah dipilih untuk merakamkan lagu bagi No Time To Die.

Penyanyi Paling Muda 

Bukan itu sahaja, pelantun Bad Guy ini juga akan menulis lagu tema filem aksi popular dunia itu bersama abangnya, Finneas O’Connell.

Mengikut jejak langkah penyanyi lagu tema filem itu sebelum ini seperti Adele, Madonna, dan Paul McCartney, dengan pemilihan Billie sekaligus mencatat sejarah sebagai penyanyi paling muda diberi penghormatan tersebut.

Sedikit info mengenai No Time To Die, aktor Daniel Craig masih kekal memegang watak sebagai Ejen 007 buat kali kelima dan barangkali merupakan yang kali terakhir buatnya. Filem ini bakal ditayangkan pada April kelak di pawagam seluruh dunia.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN