Seperti mana yang kita ketahui, pada tahun ini umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan pada 24 April sehingga 23 Mei jika kita mengikut kalendar tahun 2020.

Kepada yang kakitravel, di bulan yang mulia ini bukanlah penghalang untuk anda melancong. Jika anda masih teragak-agak untuk memulakan percutian di bulan yang diberkati ini, pertimbangkan 4 destinasi luar negara berikut.

Jom berpuasa di luar negara!

1Danau Toba

Tasik yang dikatakan sebagai yang terbesar di seluruh Asia Tenggara sangat menarik bagi anda yang kaki travel. Landskap rumput yang indah dengan latar belakang tasik yang luas menunggu untuk diterokai.

Destinasi seperti Holbung Samosir, Tele Samosir View Tower, ke Huta Siallagan, Desa Adat Ambarita harus dimasukkan dalam senarai bucket list ketika melawat Danau Toba!

Anda boleh merasakan keindahannya sejurus selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit, Sumatera Utara, yang terletak tidak jauh dari Danau Toba.

IKLAN

Kuala Lumpur- Silangit- Kuala Lumpur [27 Mei 2010- 29 Mei 2020]

Tiket penerbangan pergi balik hanya serendah RM154 sahaja dengan penerbangan AirAsia.

2Padang

Teringin nak berbuka puasa dengan masakan Padang? Apa kata anda melancong ke Padang, Indonesia pada bulan Ramadan tahun ini. Selain terdapat banyak pilihan makanan yang menyelerakan, terdapat banyak sejarah menarik yang berlaku di Padang, termasuk kesan kemusnahan yang disebabkan oleh tsunami pada tahun 1794 dan gempa bumi 2009.

Jangan lupa untuk solat terawikh di Grand Mosque of West Sumatra atau Masjid Raya Sumatra Barat adalah masjid yang menjadi “landmark” di Padang. Berdasarkan fakta, ia adalah masjid terbesar yang dibina di Sumatera Barat dan merupakan masjid kedua terbesar di Sumatera.

Masjid ini terinspirasi oleh kain yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam kisah baginda menyelesaikan masalah 4 ketua puak yang berebut untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di Kaabah.

Kuala Lumpur- Padang- Kuala Lumpur [ 5 Mei 2010- 12 Mei 2020]

Tiket penerbangan pergi balik hanya serendah RM163 sahaja dengan penerbangan AirAsia.

IKLAN

3Pekanbaru

Tidak terlalu jauh dari Malaysia, masa penerbangan hanya 1 jam 10 minit dari Kuala Lumpur, Pekanbaru antara destinasi menarik untuk dikunjungi di bulan Ramadan.

Pekanbaru terkenal dengan Masjid Agung Annur dimana tempat beribadat orang islam yang begitu indah. Masjid yang berdiri megah di Pekanbaru ini diterapkan dengan senibina ala-ala melayu, arab, turki dan india.  Pada malam hari, anda akan melihat masjid ini disinari dengan lampu berwarna warni yang memantulkan cahaya di kolam besar hadapan masjid.

Kuala Lumpur- Pekanbaru- Kuala Lumpur [ 1 Mei 2010- 3 Mei 2020]

Tiket penerbangan pergi balik hanya serendah RM171 sahaja dengan penerbangan AirAsia.

4Aceh

Tidak syak lagi bahawa Aceh merupakan destinasi dengan majoriti muslim lebih daripada 97 peratus. Jadi tak perlu gusar untuk mencari makanan halal berbuka puasa di bulan Ramadan. Selain itu, lokasi wajib yang perlu lawati di Acheh adalah Masjid Raya Baiturrahman.

Masjid yang asal dibina pada abad ke-13 asalnya telah dibakar dan runtuh beberapa kali. Kali terakhir adalah pada tahun 1873 apabila Belanda menyerang Banda Aceh.

Dalam usaha untuk mendapatkan populariti, pihak Belanda membina semula Masjid ini pada tahun 1883. Semasa Tsunami, ramai orang menyelamatkan diri ke Masjid ini, yang hanya mendapat kerosakan kecil sahaja ketika itu.

Kuala Lumpur – Banda Aceh – Kuala Lumpur [ 4 Mei 2010- 12 Mei 2020]

Tiket penerbangan pergi balik hanya serendah RM183 sahaja dengan penerbangan AirAsia.

Bagaimana? Harga tak begitu mahal ke luar negara untuk sambut bulan Ramadan tahun ini.

Tapi anda harus ingat, harga yang dipaparkan tidak tetap dan akan berubah dari semasa ke semasa. Jadi jangan tunggu-tunggu, kena tempah segera belum harga melonjak naik.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry