Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Hotel Di Melaka Ini Tawarkan Kemudahan Aneh Untuk ‘Solo Traveller’

by Phic ARMAN
January 24, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi sesetengah orang, melancong secara bersendirian atau solo travelling sangat menyeronokkan. Salah satunya adalah kerana mereka dapat meneroka tempat dengan lebih bebas dan fokus. Selain daripada itu, solo travelling juga dapat melatih diri untuk menjadi lebih yakin dan disiplin.

Walaupun begitu, tidak semua orang melihat bahawa solo travelling ini adalah menyeronokkan. Sesetengah menganggap bahawa solo travelling ini membuat mereka berasa kesepian. Inilah yang dilihat oleh sebuah hotel di Melaka.

Menolak anggapan bahawa solo travelling kebiasaanya kesepian, Moty Hotel, yang terletak di Melaka, membolehkan tetamu menyewa haiwan semasa menginap. Menariknya, haiwan yang dimaksudkan bukan kucing atau anjing, tetapi ikan emas.

Menariknya,tiada bayaran dikenakan kepada tetamu yang menyewa ikan mas itu. Mereka hanya perlu mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang dikenakan adalah termasuk tidak memberi makanan kepada ikan tanpa pengetahuan penyambut tetamu, tidak menambah air ke bekas, tidak mengeluarkannya dari hotel, jangan menakutkan ikan, dan jangan cuba untuk menangkapnya.

Jika ikan emas yang dinamakan Baby and Shark ini ditemui mati, tetamu dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM100.

Hotel yang terletak berhampiran dengan Jeti Parameswara ini menawarkan harga bilik bermula dari RM226 untuk semalam termasuk dengan sarapan pagi.

Jadi, bagaimana, berminat dengan kemudahan hotel yang aneh ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara