Seperti mana yang kita ketahui, Wuhan dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong. Tidak hanya terkenal dengan sebuah bandar bersejarah, Wuhan mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Dengan jumlah penduduk lebih daripada 11 juta, ibu kota Wilayah Hubei, yang terletak di China Tengah, dikenali sebagai bandar paling ramai penduduk di China.

Bukan itu sahaja, Wuhan juga merupakan salah satu daripada  kota besar di China selain Shanghai dan Beijing.

IKLAN

Namun malang sekali,  kini Wuhan tiba-tiba menjadi ‘bandar mati’ bermula pertengahan Disember 2019 gara-gara virus korona telah menjangkiti bandar raya itu. Selain itu, Wuhan dianggap sebagai bandar awal penyebaran virus korona yang kini menjangkiti beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Kini Menjadi Bandar Hantu

Berdasarkan sumber melalui laporan Daily Star, seorang pelancong Amerika yang berada di bandar itu sempat merakamkan beberapa keping foto yang jelas memaparkan situasi lengang di sepanjang jalan.

Gambar lain turut memaparkan suasana sekolah sunyi sepi, di samping pusat membeli-belah juga kosong tanpa kehadiran pengunjung, sekaligus digelar sebagai ‘bandar hantu’.

 foto: Getty Images

Walaupun bandar Wuhan telah dipandang buruk oleh masayarakt seluruh dunia, sebenarnya terdapat beberapa fakta menarik dari bandar ini.

Dilaporkan oleh Straitstimes, berikut lima fakta menarik di Wuhan City.

1Dikenali sebagai Four Furnances atau Empat Tungku

Sungai Yangtze

Dilaporkan oleh Straittimes, suhu di Wuhan boleh melonjak sehingga 40 darjah Celcius pada musim panas. Difahamkan, pada musim panas seperti bulan Jun hingga Ogos, penduduk di Wuhan di sekitar Sungai Yangtze beramai-ramai akan keluar untuk meninggalkan Wuhan  buat sementara waktu.

Mereka akan melawat bandar-bandar lain di sekitar China yang mempunyai cuaca sejuk. Menurut penyelidik di Agensi Cuaca China, Pusat Meteorologi Kebangsaan, Zhang Cunjie, selain Wuhan, terdapat beberapa bandar terpanas di China. Bandar-bandar terpanas di negara di China termasuklah Chongqing, Nanchang, Hangzhou dan Fuzhou, manakala dua yang lain adalah Wuhan dan Nanjing.

Walau bagaimanapun, Wuhan mempunyai iklim monsun subtropika yang lembap dengan empat musim yang berbeza. Suhu purata Wuhan sepanjang tahun adalah 15-17 darjah Celsius.

IKLAN

2Mempunyai Destinasi Pelancongan yang Megah dan Menarik

Yellow Crane Tower, Foto: orphanednation.com

Wuhan ternyata kaya dengan destinasi pelancongan dengan seni bina yang indah dan menarik. Beberapa destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong, iaitu Yellow Crane Tower, Kuil Guiyuan, Gunung Mulan, ke Jambatan Sungai Yangtze Wuhan.

Selain itu, apabila anda melawat Wuhan pada musim bunga dan musim luruh. Anda boleh menonton pemandangan indah pagoda dengan bunga plum cantik dari sudut jauh.

3Salah satu Bandar Purba di China

Opera Han

Selain menjadi pusat ekonomi dan perniagaan di China, Wuhan juga dikenali sebagai bandar budaya yang kaya dengan sejarah. Sebagai pusat budaya di Provinsi Hubei, Wuhan City adalah tempat kelahiran budaya Chu kuno. Malah di Wuhan terdapat juga salah satu opera tertua dan paling popular di China, Opera Han.

4Menjual Makanan Eksotik

Fakta menarik lain ialah Wuhan juga terkenal dengan makanan pedasnya. Beberapa masakan khas Wuhan, seperti Shaokao, satay daging.

Bandar ini juga terkenal dengan makanan jalanan, yang menjual pelbagai makanan laut, daging, dan hidangan masakan lain. Walau bagaimanapun, bukan hanya makanan jalanan,

Wuhan juga terkenal dengan pasar ekstrim yang menjual daging binatang yang eksotik, seperti kelawar, daging ular, buaya, dan sebagainya. Ini dianggap sebagai permulaan penyebaran virus korona di Wuhan.

5Bandar Universiti

Wuhan University

Akhirnya, Wuhan dikenali sebagai bandar dengan jumlah universiti terbanyak di dunia. Wuhan mempunyai sekurang-kurangnya 53 pusat pengajian dengan pendidikan terbaik.
Salah satu pusat pengajian yang agak popular ialah Universiti Wuhan. Tidak hairanlah, ramai pelajar dari seluruh dunia memilih untuk belajar di beberapa universiti di bandar Wuhan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda