Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

5 Koleksi Youtuber Kantoikan ‘Scammer’ di Malaysia Boleh Buat Anda Pecah Perut

by Phic ARMAN
January 29, 2020
111
KONGSIAN
Share on Facebook

Teknologi boleh memudahkan penggunanya dan pada masa yang sama menjadi senjata untuk menipu seseorang. Salah seorang daripada mereka adalah Scammers telefon yang menipu dan memperdayakan orang lain untuk mengambil kesempatan.

Scammer melalui telefon ini banyak kategori namun kebanyakkan mereka menggunakan modus operandi yang sama. Ada yang mengaku dari Mahkamah, anggota polis, pegawai bank dan sebagainya untuk mengambil wang dari mangsa.

Menariknya, cara percakapan mereka sangat teratur dan sopan santun sebijik macam pegawai perkhidmatan pelanggan. Mereka sangat licik, segalanya dirancang dengan baik, mukadimah dan penjelasan diberikan pun begitu teliti.

Tetapi kini, rakyat Malaysia semakin bijak lagi-lagi motif mereka sudah diketahui orang ramai dan wujudnya kesedaran supaya lebih berhati-hati dengan Scammers.

Di laman Youtube, ramai youtuber-youtuber yang berjaya mendedahkan perbualan  scammer kepada orang awam. Berbagai-bagai cara scammers ni menipu orang sebenarnya dan mengejutkan mereka seakan-akan tidak takut jika dilaporkan kepada pihak polis.

Jom kami kongsikan 5 video perbualan Scammers dan mangsa dari youtuber-youtuber yang boleh buatkan anda pecah perut!

Mengaku Dari RHB Bank, Minta Duit Dalam Masa 2 Jam

YouTube video

Video ini dimuatnaik oleh mangsa bernama Fara Kamal yang merupakan seorang blogger yang gemar melancong. Mungkin dari pengalamannya yang selalu mengembara ke luar negara, dia berjaya ‘kantoi’ kan seorang Scammer wanita yang mengaku dari RHB Bank.

Yang lucunya, Scammer ini mengeluarkan kata-kata kesat selepas terkantoi!

Scammer Kononnya Dari SPRM

YouTube video

Scammer seterusnya ini mengaku dirinya seorang pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia). Hebat bukan? Ini bukan kaleng-kaleng! Video ini dimuatnaik menerusi saluran Youtube, Philosophical Xenen.

Scammer ini bertindak kasar selepas si mangsa enggan memberikan nombor kad pengenalan yang betul.

[VIDEO] Pernah Kerja Dengan CheTa & TokTi - Bekas Pengurus Khianati LELA TETE

Scammer Tak Pasal-pasa Kena Ceramah!

YouTube video

Video yang dimuatnaik oleh saluran Youtube, Oh! Media ini memaparkan bagaimana penipuan yang dilakukan oleh scammer wanita yang mengaku seorang anggota polis, IPK Kelantan cawangan trafik untuk menutut bayaran saman dari mangsa.

Akhirnya penipuan wanita ini terkantoi dan tak pasal-pasal kena ceramah dengan si mangsa. Memamg kelakar!

Scammer Bengang Kantoi Sampai Mencarut

YouTube video

Inilah padahnya bila dapat scammer yang kurang cerdik. Video yang dimuatnaik menerusi saluran Youtube, Trending Wei ini memaparkan perbualan antara sekumpulan anak muda dengan scammer yang berpura-pura seorang pegawai bank yang mahu mangsa menjelaskan hutang yang tertunggak.

Akhirnya penipuan scammer tersebut berjaya dibongkarkan selepas tidak berjaya memperoleh nombor kad pengenalan mangsa.

Scammer Nak Bagi Hadiah RM20,000.. Wow!

YouTube video

Kali ini, scammer cuba memperdayakan mangsa dengan menawarkan hadiah berjumlah RM20,000 sekiranya mencukupkan mata poin dalam kad kredit. Video yang dimuatnaik oleh mangsa di saluran Youtube, Wak ayam ini memaparkan scammer mahu mangsa membuat transaksi wang tunai ke akaun bank peribadi.

Agak lucu bila, mangsa pura-pura mengalami masalah pendengaran ketika nombor akaun bank dibacakan. Lawak gila!

Sebenarnya banyak lagi video scammer yang dah kantoi di Youtube, cuma 5 video pilihan dari Murai.my yang paling kelakar. Pecah perut!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kantoi Scammerpenipu onlinescammer
https://lomp.at/03cnc
Share53Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem