Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] ‘Plot Twist’ Si Manis Jembatan Ancol Sudah Boleh Dijangka?

by Khai Azfar
January 31, 2020
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu lagi filem ‘reboot’ seram Indonesia diterbitkan semula di era baharu. Nampaknya pengarah-pengarah filem di Indonesia mengambil langkah untuk menerbitkan semula kebanyakan filem seram popular terdahulu termasuklah Si Manis Jembatan Ancol yang kami sempat tonton bersama pembaca bertuah Murai.my di TGV One Utama pada malam Rabu.

Si Manis Jembatan Ancol Filem ‘Reboot’ Era 90-an 

Buat yang tidak tahu, Si Manis Jembatan Ancol pernah ditayangkan sekitar 1990-an dan turut mempunyai drama bersiri pada tahun 2017. Bagi versi reboot, filem ini telah dilakonkan oleh Indah Permatasari, Arifin Putra, Randy Pangalila, Ozy Syahputra dan ramai lagi.

Berdurasi hampir 2 jam, bagi kami ianya agak meleret terutamanya di permulaan filem. Sudah memadai jika ianya dipendekkan kepada satu jam dan mungkin akan memberikan lebih impak buat jalan ceritanya.

Plot Twist Yang Sudah Boleh Dijangka 

Kami masih belum berkesempatan untuk menonton versi yang asal namun klimaks dan jump scare dalam versi 2019/2020 yang ditonjolkan mampu membuatkan penonton tersentak.

Namun begitu, kami sedikit kecewa kerana pengulangan teknik yang sama ditonjolkan beberapa kali sekaligus membuatkan penonton sudah boleh menjangka mengenai apa yang terjadi.Begitu juga dengan beberapa plot twist yang dipaparkan sememangnya juga boleh dijangka.

Papar Unsur LGBT 

Mengenai genre yang dipaparkan, tidak dinafikan unsur jenaka dari pelakon-pelakon tambahan berjaya membuatkan penonton terhibur. Malah nasihat dan pengajaran yang ada juga layak diberikan pujian.

Sedikit spoiler disini, Si Manis Jembatan Ancol tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Selain daripada beberapa adegan ‘thriller’, terdapat juga unsur LGBT yang sedikit sebanyak mungkin akan menjadi pertikaian daripada penonton. Sejujurnya, naskhah dari Anggy Umbara ini tidaklah begitu hambar dan masih boleh ditonton untuk menghabiskan masa di hujung minggu mahupun waktu terluang.

Sinopsis Si Manis Jembatan Ancol

Mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Maryam yang tersepit dalam perkahwinan yang tidak bahagia bersama Roy. Dia mula berasa selesa berkawan rapat dengan Yudha, seorang pelukis yang baru dikenalinya.

YouTube video

Namun persahabatan ini menyebabkan suaminya telah menuduhnya mempunyai hubungan sulit dan dia kemudiannya mati dalam keadaan tragis. Sejak kematiannya, kelibat roh Maryam yang memakai selendang merah mula muncul di tempat awam dan menakutkan orang awam yang terserempak dengannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Review filem Si Manis Jembatan AncolSi Manis Jembatan Ancol
https://lomp.at/jg0ui
Share25Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem