Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Hotel Di Kanada Ini Tawarkan 18 Tahun Menginap Percuma. Syaratnya Kena Buat Anak?

by Phic ARMAN
January 30, 2020
Share on Facebook

Dapat tidur di hotel atau resort sesuatu yang menjadi dambaan ramai orang. Lagi-lagi kalau tinggal bersama dengan orang yang tersayang. Mesti lagi seronok kan?

Pengalaman menginap di hotel mewah mahupun yang sederhana pasti akan lebih menarik jika anda tidak perlu membayar sesen pun. Betul tak?

Kalau anda nak tahu, nampaknya hal ini tidak mustahil. Hotel Zed British Columbia Ho, yang terletak di Victoria dan Kelowna, Kanada, menawarkan tawaran menarik untuk pasangan bertuah.

View this post on Instagram

A post shared by Hotel Zed (@hotelzed)

Promo ‘Nooner’

Mereka menawarkan peluang ini sempena Hari Valentine. Kempen diberi nama ‘Nooner’ ini berlangsung selama empat jam, tepat pada 14 Februari 2020. Dalam masa ‘Nooner’, anda dan pasangan anda boleh mendaftar masuk dari jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan dengan harga serendah USD$59 atau sekitar RM 240.

Di dalam hotel, anda boleh menikmati masa yang romantis dengan pasangan anda untuk merayakan Hari Valentine, berendam di tab mandi, atau hanya bermain ping pong di lounge.

Tiada apa yang luar biasa bukan?

Penginapan Percuma Setiap 18 Tahun

Tunggu! Mereka menawarkan hadiah penginapan percuma setiap Hari Valentines selama 18 tahun kepada penginap bertuah. Tapi ada syaratnya!

Tawaran itu akan diberikan kepada pasangan bertuah yang boleh hamil atau mempunyai bayi sekitar sembilan bulan selepas menginap di Zed Hotel. Dalam bahasa kasarnya, penginap kena buat anak di hotel ini semasa kempen berlangsung.

View this post on Instagram

A post shared by Hotel Zed (@hotelzed)

Promo ini ditawarkan oleh Zed Hotel melalui muat naik Instagram rasminya. Dilaporkan oleh CNN, Ketua Pegawai Eksekutif Zed Hotel, Mandy Farmer, mengatakan bahawa idea ‘Nooner’ yang beliau gunakan untuk konsep promo Zed Hotel bermula dari keperluannya untuk menikmati masa yang berkualiti bersama suaminya dan tanpa anak-anak.

Walaupun promo ini mendapat komen yang tidak menyenangkan dari netizen, namun promo ini sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan kehidupan seks yang bahagia dan sihat.

Jadi anda berminat tak untuk masukkan Zed Hotel dalam rancangan percutian anda untuk Hari Valentine?

Error happened.
Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya
hari kekasih hote;hari valentineshotelhotel pelikseks hotel
https://lomp.at/s23ue
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara