Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Buruk imej Malaysia! ‘Travel Blogger’ Dari Scotland Dedah ‘Scam’ Pelancong Di Penang

by Phic ARMAN
January 31, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti mana yang kita ketahui, tahun 2020, Tourism Malaysia mensasarkan kedatangan lebih ramai pelancong, tapi sedihnya kita masih lagi banyak kelemahan dari aspek lokasi tarikan pelancong.

Walaupun tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia (TMM), agak mengecewakan bila kita mendengar rungutan dan keluhan dari pelancong lagi-lagi dari luar negara.

Hal ini telah diluahkan oleh seorang pengembara dalam video atau ‘Travel Vlogger’ dari Scotland menerusi video yang dimuatnaik di saluran Youtube.

Bayar RM20 Tapi Dalam Pembinaan 

Dikenali dengan nama Dale Philip , dia telah mengunjungi sebuah lokasi tapak bersejarah yang terletak di Penang, iaitu Kota Cornwallis. Dale telah menunjukkan rakaman perjalanannya mengunjungi Kota Cornwallis kepada lebih 72 ribu subscriber-nya di Youtube.

Dalam video yang dimuatnaik pada awal bulan Januari lalu, Dale dilihat membayar RM20 untuk tiket masuk namun keterujaannya bertukar menjadi berang kerana hampir keseluruhan tapak bersejarah ini dalam proses pembinaan.

Dale dilihat merungut dan mengeluh dalam video tersebut beranggapan wang yang dikeluarkan sebesar RM20 itu tidak berbaloi dengan apa yang dilawati, malah dia merasa dirinya tertipu sebagai seorang pelancong.

“Pelancong asing membayar dua kali di sini! Sebenarnya ini adalah scam atau penipuan yang membolehkan orang ramai membayar harga penuh untuk tiket tanpa memberitahu terlebih dahulu ada kerja pembinaan dan sebahagian kawasan ditutup. Saya memang gemar melawat kubu-kubu lama tetapi ini adalah pengalaman melawat kubu terburuk saya di mana-mana negara”-luahnya di Youtube

30 Ribu Tontonan Di Youtube

Video yang mendapat tontonan sehingga 30 ribu ini telah menerima komen ratusan komen dari penonton dan rata-rata mereka berterima kasih kepada Dale kerana mendedahkan penipuan ini.

Hampir Keseluruhan Tapak Bersejarah Dalam Pembinaan, Tapi TIket Masuk Berharga RM20

Dale telah banyak berkongsi perjalanan pengembaraannya ke pelbagai negara menerusi laman Youtube-nya. Antara negara yang pernah dikunjungi seperti Sri Lanka, Indonesia dan meneruskan perjalanan ke Penang.

Dipetik dari Berita Harian, Malaysia menyasarkan 30 juta pelancong pada TMM2020 dengan kutipan perbelanjaan berjumlah RM100 bilion, tapi kalau dilihat pada video ini nampaknya mungkin tak kesampaian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share14Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara