Semasa melancong, sudah tentu anda akan mencari destinasi yang Instagramable, bukan? Istilah Instagramable bermaksud sesebuah foto yang menarik untuk dimuatnaik di Instagram. Ya, selalunya tempat-tempat Instagramable ini boleh menjadikan media sosial anda lebih berwarna dan meriah.
Bercakap mengenai destinasi pelancongan Instagramable, baru-baru ini Big 7 Travel, sebuah laman pelancongan, mengeluarkan senarai 50 tempat paling instagramable di dunia.
Dalam menyusun ranking, Big 7 Travel meninjau dari 1.5 juta pembacanya, jumlah hashtags di media sosial, dan pakar perjalanan juga dipertimbangkan.
Malaysia juga tersenarai dimana bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi Instagramable di kedudukan ke 14. Bali, Indonesia menduduki tempat kelapan dalam senarai 50 destinasi paling Instagramable Di Dunia 2020. Pulau itu mengalahkan London, England dan Jaipur di India.
Sementara itu, Sydney, Australia telah dinobatkan sebagai destinasi paling Instagramable di dunia. Sydney memenangi anugerah itu kerana ia dianggap mempunyai permandangan bandar yang paling indah dan warna warni.
Berikut adalah 50 destinasi paling Instagramable di dunia versi Big 7 Travel.