Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pulang Jumaat Ini, Nur Sajat Dituntut Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

by Khai Azfar
February 4, 2020
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Di kebanyakan dada akhbar dan media sosial masih lagi hangat memperkatakan mengenai kontroversi usahawan selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Muhammad Sajat Kamaruzzaman yang didakwa mencemari tanah suci Mekah dengan berpakaian seperti seorang wanita ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Pulang Jumaat Ini 

Difahamkan, rombongan Sajat masih lagi berada di sana dan akan pulang pada Jumaat ini. Memetik laporan dari MStar Online, pihak agensi pelancongan yang menguruskan Sajat ke Mekah, Albayt Travel sememangnya sudah memberi penerangan dan taklimat kepada mereka mengenai tatacara hukum hakam ibadah umrah yang perlu dipatuhi.

Namun sebaliknya, ketika tiba di sana Sajat dan dua orang lagi rakannya didapati telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan dengan memakai busana wanita di tempat awam termasuklah Masjid Nabawi.

Pemilik Albayt Travel Buat Laporan Polis 

Ekoran itu, pemilik Albayt Travel telah membuat laporan polis di Kota Bahru, Kelantan berkenaan isu tersebut malah pihaknya juga sudah merujuk konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

“Pada mulanya Sajat dah ahli kumpulannya telah dimaklumkan lebih awal berkenaan perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah mengikut jantina berbeza yang perlu dipatuhi.

“Mereka juga telah bersetuju serta akur dengan arahan pihak syarikat kami. Bagaimanapun setibanya di Madinah, Sajat dan dua orang lagi rakannya didapati melanggar garis panduan yang telah ditetapkan dengan memakai busana wanita di tempat awam dan Masjid Nabawi”

Tuntut Permohonan Maaf Dari Sajat

Selepas mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, agensi ini turut menyahkaktifkan akaun tersebut tidak lama kemudian gara-gara dikecam ramai pihak. Dalam laporan polis yang dibuat, Sofwan turut menyatakan bahawa usahawan itu ingin mendiamkan diri buat sementara waktu selain turut diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Pihak Albayt Travel mengarahkan pihak Sajat dan ahli kumpulannya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku tetapi mutawif beritahu saya bahawa Sajat ingin mendiamkan diri kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan,”

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Murai.my terdahulu ada menyatakan bahawa pihak Mufti akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menegaskan bahawa fatwa yang telah dikeluarkan oleh muzakarah haji yang dengan jelas menyebut tanpa pembuktian sahih mengenai jantina Sajat sebagai seorang khunsa.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!
nur sajatnur sajat mekah
https://lomp.at/y2m85
Share26Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara