Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Liza Khairudin Menang Kes Tuntutan Terhadap Stesen Radio

by Khai Azfar
February 19, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

“Bukan duit yang jadi taruhan,kerana apa yang lebih penting nama saya dibersihkan.”

Ujar Liza Khairudin selepas menang kes tuntutan ke atas bekas majikannya di sebuah stesen radio swasta. Dalam tuntutan yang dibuat Liza atau nama sebenarnya Khairu Norliza Khairudin, 34 sekitar Oktober tahun lalu pengacara ini mahu menegakkan haknya  sebagai seorang pekerja di syarikat berkenaan. Antara tuntutan tersebut adalah mengembalikan semula jawatan asal kepadanya dan sekiranya tidak dapat dipenuhi mahkamah akan menentukan perkara yang sebaliknya.

Berjaya Menang Tuntutan 

Menerusi perkongsian yang dibuat Liza pada petang Selasa, dia telah berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram nya dengan memaklumkan telah berjaya dalam tuntutan yang dibuat nya terdahulu.

Mahkamah Perusahaan Malaysia,memerintahkan syarikat stesen radio berkenaan membayar tuntutan amaun gaji selama 8 bulan iaitu bersamaan jumlah baki pelaksanaan kerjayanya sebagai seorang penyampai radio berikutan kontrak kerjanya ditamatkan awal serta merta ketika masih berkhidmat.

Tuntutan Sebanyak 19 Bulan Bekerja 

Hakim Augustine Anthony membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan Liza menerusi peguam S.Muhendaran pada 13 September 2019.

Dalam sesi perbicaraan, S.Muhendaran berjaya membuktikan kepada mahkamah bahawa anak guamnya merupakan pekerja tetap kepada syarikat berkenaan sekaligus menjadikan tuntutan sebenar adalah sebanyak 19 bulan dari 24 bulan tuntutan maksimum  yang dibenarkan di mahkamah perusahaan. Kongsi Liza lagi, dalam perbicaraan yang berlangsung sebelum ini syarikat tersebut menafikan bahawa Liza adalah pekerja mereka.

Hadiah Hari Lahir 

Terdahulu, Liza mengejutkan ramai pihak apatah lagi pendengar setianya dengan mengumumkan kontrak kerja  bersama sebuah stesen radio ditamatkan awal serta merta. Ketika dihubungi Murai.my sebelum ini, menurut Liza kontrak dia bersama stesen radio berkenaan sepatutnya berakhir pada Mac yang lalu namun ditamatkan lebih awal tanpa sebarang sebab dan alasan.

https://www.instagram.com/p/B8tUbOVlVP6/

Dalam perkongsian itu juga, Liza menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari lahir dan cukup bermakna buatnya  sekali gus memberi pengajaran dan rujukan kepada orang ramai. Malah dia turut tumpang gembira apabila rakan sejawatnya, Andy Hakim Ibrahim juga berjaya dalam tuntutan yang hampir sama baru-baru ini.

Sebagai info,sebelum bergelar penyampai radio, Liza terlebih dahulu berjaya menjadi juara menerusi program Projek Metro anjuran bersama Harian Metro dan TV3 pada 2013

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Liza Khairudin
Share13Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara