Tak habis-habis lagi tular isu video bogel artis Malaysia yang menjadi perbincangan di dada-dada akhbar. Seperti yang dilaporkan menerusi Harian Metro, seorang lagi pelakon Malaysia telah menjadi mangsa. Difahamkan video yang memaparkan aksi melakukan hubungan seks dengan kaum sesama jenis ini mirip seperti pelakon tersebut.
Video ini menjadi tular dan mengundang fitnah sehinggakan pelakon tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor semalam (26/2).
Menurut tinjauan Murai MY di Instagram milik pelakon tersebut, dia mendedahkan hal sebenar di sebalik video seks tersebut. Ia membuktikan bahawa lelaki dalam video tersebut merupakan seorang bintang porno latin yang berasal dari Colombia dengan mempunyai jumlah pengikut seramai 28.9 k.
Lukisan tatu yang terdapat pada tubuh bintang porno ini hampir sama dengan tertuduh. Jadi ramai netizen yang membuat dakwaan tanpa usul periksa dan percaya aksi seks itu dilakukan oleh pelakon tersebut.
Ammar Alfian Dedah Bukti
Terbaru menerusi perkongsian dari pelakon filem Paskal, Amar Alfian, di Instagramnya, dia sendiri berkongsi gambar akaun twitter si pelaku sebenar di IG Storiesnya dan menulis:
“Korang samakan aku dengan Gayboy Latino ni? Nateh Beruk betul?”
Video tersebar berdurasi 12 saat itu dumuatnaik oleh bintang porno ini dan ternyata Ammar menjadi buli siber yang teruk dan kronik.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.