Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Terlibat Dalam Kemalangan! Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan

by Khai Azfar
March 2, 2020
Share on Facebook

Semalam, ramai yang terkejut apabila pelakon yang semakin mencipta nama, Hun Haqeem telah terlibat dalam  kemalangan jalan raya selepas terjatuh dari motorsikal yang ditunggangnya pada tengah malam Sabtu.

Alami Kecederaan Pada Tumit 

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon yang terkenal dengan watak Jekfer dalam drama bersiri Kampung People itu mengalami kecederaan yang serius di bahagian kedua-dua tumit dan perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Dia baru habis penggambaran sebahagian episod drama bersiri, Seindah Tujuh Warna Pelangi sekitar jam 8 malam tadi.

“Saya difahamkan dia kemudian main futsal dan kemalangan itu berlaku ketika Hun dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dia menunggang motosikal namun saya tidak pasti kemalangan membabitkan kenderaan lain atau sebaliknya.

“Dia mengalami kecederaan agak serius di bahagian tumit kaki kanan dan disyaki kena ligamen.

“Dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin hari ini. Paling cepat masuk bilik pembedahan petang atau malam ini kerana Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sentiasa ada banyak kes,” kata pengurus produksi, Ef Hairee.

Selamat Jalani Pembedahan

Bagaimanapun menerusi carian Murai.my dalam perkongsian Hun di laman Instagram nya memberitahu dia telah selamat menjalani pembedahan dan akan keluar dari hospital pada tengahari ini.

Difahamkan, Hun perlu berehat dalam tempoh enam minggu sebelum kembali semula berlakon. Ketika ini, Hun terlibat dalam penggambaran drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 dan pihak produksi akan mencari inisiatif lain untuk meminda jalan ceritanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hun HaqeemHun Haqeem Kemalangan
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara