Menjadi seorang model yang terkenal pasti membuatkan Bella Hadid tak menang tangan untuk menghadiri pelbagai acara pertunjukkan fesyen.

Baru-baru ini, bekas teman wanita The Weeknd mempamerkan bentuk badannya yang seksi ketika menhadiri Paris Fashion Week yang diadakan pada Sabtu lalu (29/2). Dalam acara yang sama, Hadid menjadi salah satu model yang juga berjalan di catwalk Vivienne Westwood.

Dipetik dari Dailymail, Dalam acara tersebut, Bella nampaknya berpeluang memakai pakaian khas yang direka oleh pasangan pereka terkenal Andreas Kronthaler dan Vivienne Westwood.

Bukan pakaian biasa, kali ini model berusia 23 tahun itu memakai gaun pengantin yang begitu memukau penonton.

Dalam acara yang diadakan di Hotel de Ville, Paris, Bella Hadid mempamerkan daya tarikannya dalam koleksi Musim Musim Sejuk / Musim Luruh 2020-2021.

Berbeza dengan kebanyakan gaun perkahwinan, Andreas Kronthaler dan Vivienne Westwood nampaknya telah membuat gaun putih telus di dada. Oleh itu, Bella juga secara automatik mempamerkan buah dadanya kerana bahagian depan pakaiannya dibuat dari renda telus.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Bella juga nekad untuk tidak mengenakan bra supaya dadanya kelihatan jelas. Bagaimanapun, anak perempuan Yolanda Hadid masih yakin dan berjaya mempamerkan daya tarikannya.