Oppo Find X2: OPPO Malaysia Panggil Hanis Zalikha Pula

33
KONGSIAN

Para penggemar jenama pengeluar telefon pintar Oppo di Malaysia pasti ternanti-nantikan pelancaran Oppo Find X2 pada 10 Mac 2020 ini.

Semakin dekat dengan tarikh pelancaran, OPPO Malaysia telah mengesahkan lagi khabar angin di mana jenama ini akan bekerjasama dengan pelakon Hanis Zalikha di pelancaran OPPO Find X2 tersebut.

Memang tidak dinafikan, selebriti-selebriti tanah air yang dah jatuh cinta dengan telefon Oppo. Sebelum ini Neelofa, Zahirah McWilson, Ayda Jebat dan Elfira Loy pernah bekerjasama dengan Oppo.

Kali ini, Hanis Zalikha juga dikenali sebagai ‘The Finder’ bakal mengekspresikan pengalamannya bersama teknologi baru pada OPPO Find X2.

OPPO Find X2 adalah peranti flagship yang dikhabarkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 865, skrin kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W dan sokongan rangkaian 5G.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal Mac 2020 ini untuk melihat sendiri penawaran daripada pihak Oppo ini.

https://www.instagram.com/p/B9N5GjIooT9/

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN