Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

TMJ Naik Angin di IG? Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin

by Khai Azfar
March 4, 2020
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Awal Januari yang lalu, pelakon Syifa Melvin telah mendedahkan untuk merancang hubungan cinta dengan teman lelakinya yang merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid ke arah yang lebih serius.

Tekanan Akibat Kekasih?

Bagaimanapun Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, enggan memberi komen yang lanjut mengenai hubungan mereka dan mengharapkan ke arah pengakhiran yang lebih baik dan halal. Namun di media sosial ketika ini, hangat memperkatakan kembali mengenai hubungan mereka.

Semuanya tercetus apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola pasukannya, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) semakin merosot.

Dalam status yang dimuatnaik Tunku Ismail Idris atau lebih dikenali sebagai TMJ menerusi laman Insta-story, kelihatan suntingan perbualan baginda di laman WhatsApp bersama seorang pemain bola.

Difahamkan, prestasi pemain bola itu merosot kerana tekanan daripada kekasihnya yang memaksanya untuk berkahwin dengan kadar segera.

Biarpun TMJ tidak menyebut mana-mana nama pemain, namun rata-rata netizen mengandaikan bahawa status tersebut ditujukan buat Safawi. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Syifa menerusi laman Insta-story nya turut memuatnaik kenyataan mengenai spekulasi tersebut.

Syifa Melvin Nafi Paksa Kahwin 

Tegas pelakon drama #SisCuba ini, dia menafikan bahawa pernah memaksa kekasihnya itu berkahwin. Malah dia juga tidak pernah meminta sebarang wang daripada Safawi seperti yang didakwa sebelum ini.

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

Menerusi carian Murai.my di laman sosial, rata-rata netizen mengharapkan agar prestasi Safawi kembali meningkat seperti terdahulu apatah lagi jelas kelihatan menerusi liga perlawanan Sumbangsih baru-baru ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Safawi RasidSyifa MelvinSyifa Melvin Safawi Rasid
Share46Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara