Telefon pintar dengan harga sekitar RM300 hingga RM500 boleh dikatakan termasuk dalam kategori telefon pintar yang terlaris di pasaran. Ini kerana kebanyakkan telefon pintar di bawah RM500 sudah menyediakan kualiti yang mencukupi, prestasi yang baik, dan kamera yang cukup hebat pada harga yang berpatutan.

Oleh hal demikaini, pelbagai jenama mudah alih mula bersaing untuk melancarkan peranti terbaik mereka pada harga ini. Nah, bagi anda yang berminat untuk membelinya, Murai MY mahu menyenaraikan harga telefon pintar di bawah RM500 dengan spesifikasi yang baik.

IKLAN

1REALME C3 – RM499

REALME C3 ini juga dilengkapi dengan sensor cap jari yang dipasang pada belakang peranti dan ia juga menyokong Face Unlock. Dilengkapi bateri 5,000mAh yang lebih besar 25% daripada Realme C2 dan menyokong pengisian cepat 10 Watt.

Realme turut menambah beberapa ciri ekstra seperti Music Share yang membuat pengguna dapat mendengarkan musik melalui dua peranti sekaligus, iaitu melalui kabel earphone dan wireless earphone.

Spesifikasi:

Keluasan Skrin: IPS LCD 6.5 inci
Resolusi Skrin: 720 x 1600 pixels
Chipset: Mediatek Helio G70 (12 nm)
CPU: Octa-core (2×2.0 GHz Cortex-A75 & 6×1.7 GHz Cortex-A55)
GPU: Mali-G52 2EEMC2
Memori Internal: 32GB 2GB RAM, 32GB 3GB RAM, 64GB 4GB RAM
Memori Eksternal: microSDXC (dedicated slot)
Kamera Belakang: 12 MP, f/1.8, 28mm (wide), 1/2.8″, 1.25µm, PDAF
2 MP, f/2.4, (depth)
Kamera Depan: 5 MP, f/2.4, 27mm (wide), 1/5″, 1.12µm
Bateri: Non-removable Li-Po 5000 mAh battery

2OPPO A1k – RM399 

Dikeluarkan pada bulan Mei 2019, OPPO A1k mempunyai skrin LCD IPS 720p berukuran 6.1 inci yang telah dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3. Oleh itu, skrin telefon pintar ini boleh terhindar dari calar yang sering dialami oleh telefon bimbit tanpa pelindung skrin.

Tak perlu fikir banyak, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini dengan harga RM399 di Shopee. 

Spesifikasi:

Keluasan Skrin: IPS LCD, 6.1 inches
Resolusi Skrin: 720 x 1560 pixels
Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
CPU: Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
GPU: PowerVR GE8320
Memori Internal: 32GB 2GB RAM
Memori Eksternal: microSDXC (dedicated slot)
Kamera Belakang: 8MP
Kamera Depan: 5 MP
Bateri: Non-removable Li-Po 4000 mAh battery

3Xiaomi Redmi 8- RM499

Xiaomi Redmi 8 merupakan peranti dengan skrin bersaiz 6.22 inci dengan resolusi HD+. Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 439 dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Anda dapat membeli telefon pintar Xiaomi Redmi 8 pada harga yang cukup murah iaitu RM499 di Shopee.  

Spesifikasi:

Keluasan Skrin: IPS LCD, 6.22 inches
Resolusi Skrin: 720 x 1520 pixels
Chipset: Qualcomm SDM439 Snapdragon 439 (12 nm)
CPU: Octa-core (4×1.95 GHz Cortex-A53 & 4×1.45 GHz Cortex A53)
GPU: Adreno 505
Memori Internal: 32GB 3GB RAM, 64GB 4GB RAM
Memori Eksternal: microSDXC (dedicated slot)
Kamera Belakang: 12 MP, f/1.8, 1/2.55″, 1.4µm, Dual Pixel PDAF
2 MP, (depth)
Kamera Depan: 8 MP
Bateri: Non-removable Li-Po 5000 mAh battery

IKLAN

4Vivo Y12 – RM499

Dua perkara yang paling menarik mengenai vivo Y12 ialah kamera dan bateri. Dengan bajet kurang dari RM500, anda sudah boleh mendapatkan peranti dengan tiga  kamera di belakang. Jika berminat, anda dapat membeli telefon pintar vivo Y12 pada harga yang berpatutan iaitu RM499 di Shopee.  Memang berbaloi!

Spesifikasi:

Keluasan Skrin: IPS LCD, 6.35 inches
Resolusi Skrin: 720 x 1544 pixels
Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
CPU: Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
GPU: PowerVR GE8320
Memori Internal: 32GB 3GB RAM, 32GB 4GB RAM, 64GB 3GB RAM, 64GB 4GB RAM
Memori Eksternal: microSDXC (dedicated slot)
Kamera Belakang: Triple
13 MP, f/2.2, PDAF
8 MP, f/2.2, 16mm (ultrawide)
2 MP, f/2.4, (depth)
Kamera Depan: 8 MP
Bateri: Non-removable Li-Po 5000 mAh battery

5NEFFOS X20 PRO- RM499

Neffos X20 Pro dilengkapi 6.26″ LCD HD+, dijana cip lapan teras MediaTek Helio P22, memori sebesar 3GB, storan 64GB, kamera hadapan 13-Megapixel, kamera utama 13+5 Megapixel dan bateri sebesar 4100 mAh. Rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar Neffos X20 Pro pada harga yang berpatutan iaitu RM499 di Shopee.  

Spesifikasi:

Keluasan Skrin: IPS LCD, 6.26 inches
Resolusi Skrin: 720 x 1520 pixels
Chipset: MediaTek Helio P22 (MT6762)
CPU: 4x 2.0 GHz ARM Cortex-A53, 4x 1.5 GHz ARM Cortex-A53, Cores: 8
GPU: PowerVR GE8320, 520 MHz
Memori Internal:  64GB 3GB RAM
Memori Eksternal: microSD, microSDHC, microSDXC
Kamera Belakang: 13 Mega-pixel+5 Mega-pixel, Dual Camera
Kamera Depan: 13 MP
Bateri: Non-removable Li-Po 4100 mAh