Berdasarkan data dari worldometers.info, Khamis (19/3), kes tertinggi virus COVID-19 di Asia Tenggara adalah dari Malaysia iaitu sudah mencecah 900 orang.
Manakala kadar kematian tertinggi akibat virus COVID-19 di Indonesia, dengan kematian seramai 25 orang. Kemudian negara dengan bilangan pesakit pulih tertinggi kebanyakannya berada di Singapura.
Berikut ini data selengkapnya:
- Indonesia: 309 kes, 25 maut, 15 sembuh
- Filipina: 217 kes, 19 maut, 8 sembuh
- Malaysia: 900 kes, 2 maut, 75 sembuh
- Thailand: 272 kes, 1 maut, 42 sembuh
- Singapura: 313 kes, 0 maut, 117 sembuh
- Vietnam: 76 kes, 0 maut, 16 sembuh
- Brunei: 73 kes, 0 maut, 0 sembuh
- Srilanka: 53 kes, 0 maut, 3 sembuh
- Kamboja: 37 kes, 0 maut, 1 sembuh
Sementara itu, dua negara dari Asia Tenggara yang masih belum ada laporan kes positif Virus COVID-19 ialah Laos dan Myanmar.
Jumlah Kematian Seluruh Dunia Mencecah 9,149
Menurut worldometers.info sehingga jam 6 petang tadi, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia sudah mencecah 223,059.
Sebanyak 9,149 orang dilaporkan maut, sementara pesakit sembuh 85,791.
Itali adalah negara yang mempunyai kes tertinggi virus COVID-19 di luar China, dengan 35,713 kes. Kadar kematian mencecah 2,978, manakala pesakit sembuh 4,025 orang.
Di China, jumlah kes adalah 80,928, dengan kadar kematian 3,245. Manakala pesakit sembuh 70,420 orang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.